Wednesday, January 18, 2012

IndahKarya Production menipu orang!

Assalamualaikum... Lama jugak tak update blog ni kan.. Biasa la.. Laptop selalu kena berebut dulu kalau nak pakai.. Ipad lak limited function kan nak mengupdate.. Tak kisah la.. Pagi ni nak guna iPad gak untuk menulis.. Semalam i dapat story ni dari kawan I.. Anna.. Dia cakap kawan I yang lagi sorang kena tipu dengan photographer untuk wedding dia nanti.. So I cuba la call Ina untuk tau cerita. Concern jugak tentang ex housemate ni.. Tapi tak dapat.. Harini pergi kerja jumpa la dengan Ina.. Dah dapat story tentang kes penipuan INDAH KARYA PRODUCTION ni.. Ina dah bayar RM450 sebagai deposit untuk lock tarikh 28 Januari ni dengan photographer tu beberapa bulan lepas.. Ok la.. Promotion diorang haritu pun macam ok dan gambar pun cantik.. Ina pun happy la dah dapat orang untuk cover gambar wedding dia nanti.. Kemudian beberapa hari lepas, Ina terfikir.. Kenapa FB INDAH KARYA ni dah takde.. Ina try call pun tak dapat.. Bila Google, macam macam dah jumpa kat internet.. INDAH KARYA ni penipu rupanya.. Dah ramai orang yang terkena dengan perempuan tu.. Sampaikan ada yang tertunggu tunggu di hari majlis berlangsung.. Uish... Itu lagi sedih.. Dah spoil majlis orang.. Duit pun dah melayang... Apa yang i baca kat internet pun dah berpuluh puluh ribu duit orang INDAH KARYA dah rembat.. Beraninya perempuan tu buat macam tu.. Siap la kau.. Memang semua orang buat report la nanti.. Biar yang bersalah dapat hukuman..

Tuesday, January 10, 2012

Dah 10 Hari di Tahun 2012, terasa nak mengimbau kenangan 2011 pulak..

hai korang.. tak kisah la apa yang orang nak cakap.. I harini asyik duk recall apa yang dah berlaku sepanjang tahun lepas. kenapa eh? mungkin sebab tahun 2012 akan ada pelbagai perubahan yang sangat besar dalam hidup i nanti. Insyaallah... Sebenarnya tak banyak yang diblogkan.. tapi ada jugak yang dah dikongsi.. 

Jom i nak list semula!
hihihi..

JANUARI
  • 2011 dimulakan dengan Course yang belum selesai.. biasa lah.. seorang pelajar.. 
  • abang angkat meninggal akibat kemalangan langgar lari..
  • segala nombor telefon pun dah tukar.. kononnya memulakan hidup baru di tahun baru.. 
  • terlalu banyak conflict pulak tu untuk teruskan blogging ataupun tutup.. Rupanya sampai sekarang pun masih ada blog ni..
FEBRUARI
  • bulan yang sangat sibuk dan aktiviti blogging dihadkan.. entry pun kurang..
  • sempat jugak la melakukan aktiviti pagi di FRIM dengan housemate..
  • En. Hubby pun menjauh setengah bulan ke Seattle nak ambik 9M-MLJ.. kerinduan tak tertanggung den.

MAC
  • En. Hubby balik untuk memujuk hati yang sedih dengan pelbagai souvenir.. Happy!! Tapi tak puas hati.. Sebab lama sangat kena tinggal.. Yang ni paling best.. Suka! 
  • bulan banyak berjalan... Menghilang seminggu dari Malaysia..
  • lagi another week holiday dengan kawan kawan.. SABAH AWESOME! 
  • tak lupa.... kehebatan ciptaan Allah..... SuperMOON.....
APRIL

MEI
  • of course la bulan kelahiran i.. ada suka ada duka... Thank you abang.. Dapat hadiah jam GUESS.. Nak Tissot.. hehehe...
  • tak dapat gi dinner untuk birthday pun tapi dia ajak breakfast nasi lemak kat Park Village.. Sedap!
  • Ke Sarawak pulak.. Yang ni seminggu jugak.. Semuanya free.. KEM PINTAR 1 MALAYSIA...Best!
JUN
JULAI
  • Dikejutkan dengan berita kena berpindah ke KLIA..
  • Sibuk mencari rumah sewa jugak di Sepang.. Jawabnye nak kena pindah lagi.. 
  • 9 Julai.. BERSIH 2.0.. buat kerja gila sket dengan En. Hubby.. Naik motor gi tengok orang kat KL..hahaha.. 
  • hujung bulan sebelum start berpuasa.. Langkawi pulak!
  • Finally, En. Hubby duty travel lagi.. Brisbane yang sepatutnya seminggu.. tapi jadi 3 hari jer.. ada kematian di kampung sehari sebelum Ramadhan.. En. Hubby pun terus tukar tiket flight balik awal.. Disebalik kedukaan, I kegembiraan.. En. Hubby dah balik! 
OGOS

  • Bulan puasa bermula.. Berpuasa di Dungun! dalam serba sederhana.. ada insan yang baru meninggal.. 
  • first time jugak naik kapal ATR.. Dari Kerteh ke Subang.. Sorang sorang..
  • bulan berpindah kerja jugak.. Bubye SZB...
  • macam biasa dan macam dulu dulu jugak.. bulan puasa i berpindah ke Sepang.. Penat tu angkat barang.. So, takde apa yang diblog pasal pindah rumah.. Penat kot!
  • berbuka puasa di Batu Kikir.. Mira the best!
  • RAYA - serius tak best!! baju raya tak cantik!! tailor kat PKNS Shah Alam tu tak pandai buat... Nasib baik En. Hubby belikan yang ready made terus untuk I pakai di pagi raya...
SEPTEMBER
  • tak banyak pun aktiviti luar.. banyak dihabiskan dengan course dan duduk melepak kat rumah.. bulan yang agak sibuk.. 
  • Supervisory Course jugak..
OKTOBER
  • bermula dengan Jaybee... Senibong Cove dulu sebelum meraikan Wedding Nisa.. I dapat kutip tol tau.. duit tu i simpan sampai hari ni tau..
  • 12 Oktober - peristiwa yang tak mampu dilupakan.. Mak En. Hubby pergi buat selama lamanya dalam keadaan sangat tragis.. I tak blogkan banyak.. Tapi ada jugak gambar BKP..
  • walau apapun berlaku.. I tetap kena teruskan apa yang i dah buat.. Ulu Kenas Trip pulak sempena MAC 2011..
  • bermula practical di front liner.. ASU... hari hari duk kira kapal terbang take off, landing jela bila bosan.. KLIA.. Soooooo Boriiiiiiiiiiiiiiiiiing!
  • dah dapat pengganti untuk BKP 8737 yang total lost... BLL 8737.. tak nak post gambar dia.. Myvi jugak..
NOVEMBER
  • bulan yang sangat sibuk jugak.. MAC 2011.. Projek i dan kawan kawan BPKC untuk summer camp..
  • dalam kesibukan.. dah merajuk pulak si adik kesayangan.. Sorry laling....
  • tak dapat beraya dengan keluarga lagi untuk Aidiladha.. Tido jer di hari raya.. Beraya kat Felda Villa jer.. Tak macam raya la.. hahaha.. ASU punye pasal..
  • corat coret untuk MAC 2011 terlalu banyak pulak yang diblogkan.. tapi yang menarik tu.. ada tetamu yang tak diundang pulak yang join kami.. HANTU KER NI????
  • camp settle, terus balik kampung pulak.. Wedding the one and only cousin perempuan yang sebaya.. Achik.. Tahniah!
DISEMBER
  • bulan enjoy.. sebab cuti sekolah.. Every week makan kat Saba Restaurant.. 
  • ada Annual Dinner untuk BackPackers MAS jugak.. takde gambar.. sebab I tak blogkan pun.. MALAS..asyik tempek muka korang je kt blog ni.. hahahaha
  • Gopeng lagi.. Trip makan durian kat Yayasan Darul Hikmah.. First time jugak sampai kat Lata Kinjang.. Selalunye tengok dari atas highway jer...
  • penutup 2011 penuh debaran dan kecuakkan.. hahahaha.. Tapi Alhamdulillah.. 

2 Januari 2012..
kegembiraan yang tak terhingga.. Syukur Ya Allah.. Aku memerlukan restuMu dan semua insan.. 

Monday, January 09, 2012

Pagi Isnin yang berdrama...

Assalamualaikum...
Selamat pagi... walaupun isnin, i tetap bangun awal walaupun harini kerja malam! bersemangat ni bangun awal.hehehe.. 

anyway, 
ini adalah entry pertama di tahun 2012.. tak terlambat lagi kan nak ucap Selamat Tahun Baru.. Insyaallah tahun ni akan memberi banyak kebahagiaan buat i dan masa depan. Amin...

Tak lupa jugak, harini birthday abang long yang ke 45.. Separuh dari umur i kan jarak abang long dan adik.. Semoga dipanjangkan umur dan diberkati Allah selalu..Semoga murah rezeki jugak..








TAHNIAH UNTUK LEE CHONG WEI..
ade kaitan tak?