Wednesday, February 29, 2012

Sekali Dalam Empat Tahun? Ke Empat Tahun Sekali?

Tarikh harini susah nak jumpa.. Empat tahun sekali tu.. Kebetulan tahun kelahiran I pun jatuh pada tahun lompat.. So ada la dapat kawan yang lahir pada tarikh ni.. Kesian kan, nak sambut birthday pun 4 tahun sekali.. Tapi best jugak.. Dapat mintak tak pun dapat  hadiah yang mahal mahal.. Hihihi...

Hari ni birthday Sofea.. Dah lama pun tak jumpa dia.. Happy Birthday yang ke 24 Sofea.. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki yer.. Amin.. 

Harini jugak Wedding's Anniversary parents housemate I.. Dah berbulan bulan dah dia merancang untuk celebrate anniversary mak ayah dia.. Susah tu.. 4 tahun sekali baru dapat sambut.. So mesti kena buat grand jugak kan.. So, Anisah nak ucapkan semoga kekal bersama hingga ke akhir hayat dan mempunyai kesihatan yang baik selalu... Amin... 

Haritu I cerita la kat En. Hubby tentang anniversary parents housemate I tu 29 February.. Boleh lak eh dia cakap, boleh lak tak terfikir nak kawin hari ni.. Nanti jimat sikit duit dia nak beli present untuk anniversary.. In stead of nak beli hadiah tiap tiap tahun boleh cut budget ke 4 tahun sekali.. Banyak cikadak!! Ke situ dia fikir?? 

Kalau macam tu, I mintak cincin Rosmah la.. Hahahaha..

Tuesday, February 28, 2012

Wedding Checklist - 3 Month Before Wedding

Date
 - Nikah : Done
- Bride's Reception : Done
- Groom's Reception (Bertandang) : Done


Kursus Kahwin & Legal Documents
- Kursus Kahwin : Done
- Legal Docs (HIV Test, Borang Nikah and Tok Kadi's Thingy) : Done


Theme
- Nikah : Done
- Bride's Reception : Done
- Groom's Reception (Bertandang) : Done

Venue
- Nikah : Done
- Bride's Reception : Done
- Groom's Reception (Bertandang) : Done


Make Up Artist (MUA)
- Nikah : Done
- Bride's Reception : Done
- Groom's Reception (Bertandang) : DIY

Pelamin & Decoration
- Nikah : Done
- Bride's Reception : Done
- Groom's Reception (Bertandang) : DIY

Catering &Canopy
- Nikah : Done
- Bride's Reception : Done
- Groom's Reception (Bertandang) : Considered Done settle by his family.

Official Photographer (OP)
- Nikah : Done
- Bride's Reception : Done - Al Mulk Photography
- Groom's Reception (Bertandang) : Pending

Official Videographer (OV)
- Nikah : Done by Abang Long
- Bride's Reception : Done by Abang Long- Groom's Reception (Bertandang) : Done by Abang Long


Wedding Dress and Accessories
- Nikah : Consider Done
- Bride's Reception : Done. 30% deposit paid.
- Groom's Reception (Bertandang) : Done

Wedding Shoes
- Nikah : Done
- Bride's Reception : Done
- Groom's Reception (Bertandang) : Consider Done

Wedding Favors
- Nikah : Done
- Bride's Reception : Done
- Groom's Reception : Done

Invitation Cards
- Nikah
- Bride's Reception : Done
-Groom's Reception : Done


Bunga Pahar
- Nikah
- Bride's Reception : Pending 
- Groom's Reception (Bertandang) : Pending


Hantaran & Decorations
- For her : 13 dulangs - Pending
- For him : 11 dulangs - Pending
- Hantaran Decorations : Pending - Chermin Arts


Handbouquet
- Nikah : Pending
- Bride's Reception : Pending
- Groom's Reception (Bertandang) : Pending


Entertainment
- Nikah (PA System) : Pending
- Bride's Reception (PA System/Silat/Kompang/Penari/Live Band) : Pending - to discuss
- Groom's Reception (Bertandang) : Pending

Wedding Stationery
- Guest Book (Design/Ideas) : Pending
- Road Signage (Design) : Pending
- Table Centrepiece : Pending
- Thank You Tag : Pending
- Banner/Bunting : Done


Family, Bridesmaids/Flower Girls & Maid of Honour Outfit
- Nikah : Done
- Bride's Reception : Done
- Groom's Reception (Bertandang) : Done

SPA Treatment
- Pending!!!



Monday, February 27, 2012

Burger Ayam Special!


Dia kata burger ni sedap sangat sangat.. Mengimbau zaman persekolahan dulu.. So dia buatkan untuk I.. Burger Ayam Special.. Tapi I makan 1 bite je.. Sebab perut I sakit.. Huhuhu... Akhirnya, dia makan dua bijik!

Yea!! I tak gemok sorang sorang...

Lipbalm ke Lipstick? Eh! Warna dia jugak..

I bukan orang yang suka pakai lipstick.. Kalau keluar gi kerja ke jalan jalan, cukup dengan pakai lipbalm dengan lipsgloss je.. Tu pun kalau pakai la.. Pilihan I, Mentholatum.. Pernah try brand lain, tapi tak suka pulak.. Lagipun I ni suka setia pada yang satu aje.. Itu yang buat I kekal dengan Mentholatum..

Seeloknya bibir kita perlu sentiasa memakai lipbalm.. Untuk mengelakkan kering, pecah dan seterusnya sakit lah.. Kalai I sehari tak memakai lipbalm tu dah cukup untuk membuatkan dia kering dan tak selesa.. Silap2 pecah dan berdarah terus.huhuhu..

Kalau silap memilih lipstick pun sama.. Itu la akibat yang boleh belaku kat I.. So, kita perlu tahu bagaimana cara untuk memilih lipstick yang betul bagi tak memudaratkan bibir kita yang kita sayang kan... Yang paling penting, pastikan lipstick yang dipilih tu ade SPF.. Apa tu SPF tu?? Owh... Sun Protection Factor.. Ini penting bila kita nak keluar rumah dan berdepan dengan cahaya matahari supaya bibir kita sentiasa lembap lembut dan catik! Yeke cantik? Hohoho....

 Kemudian, warna jugak.. Jangan sesekali salah memilih warna lipstick. Dalam pemilihan warna lipstick kita bukan sahaja pilih warna berdasarkan kulit kita.. Bentuk dan garis bibir pun memainkan peranan penting dalam pemilihan warna lipstick tau..

 Bagi mereka yang mempunyai bibir yang bergaris lembut dengan bentuk mendatar, lipstick yang berkilat dengan warna merah, pink atau purple adalah sesuai.. Tapi kalau nak cuba warna lain tu boleh jer.. Tapi tengok dulu yer sesuai ke tak.. Kang jadi alien kang susah pulak.. Menarik perhatian orang pulak kang... 

Satu lagi, untuk golongan yang mempunyai bibir bergaris keras dengan bentuk cembung, lipstick berwarna coklat seperti merah muda coklat atau krim adalah sesuai.. Tapi, pastikan jenis lipstick yang dipilih tu adalah krim atau matte yer... Baru nampak comey je dengan kita nanti... Ok lah..

Cukuplah sesi merepek tentang kecantikan ni.. I pun bukan selalu pakai lipstick pun.. Hohoho....

Sunday, February 26, 2012

Lain Di Minta Lain Dibeli?

Dari semalam lagi budak sorang ni mintak I bawak dia ke MPH.. Nak beli novel Ana Muslim la kononnya..semalam I malas layan sebab takde mood nak keluar.. So harini bawak la ke MPH.. Tunaikan janji memandangkan semalam I janji nak bawak hari ni.. Huhu...

 Tapi, sampai MPH, tak pergi dekat pun dengan rak buku koleksi Ana Muslim.. Ko lalu jer? Betuah punye budak.. Takpe takpe.. Layan je.. Asalkan janji I dah tunaikan...


Tengok yang paling kiri.. Barbie jugak yang dibeli? 3 lagi tu memang expected.. Buku yang kiri sekali ni.. Terbabas dari jalan sebenar..



 Dia tunjuk 'peace' jer? Ini la budak tersasar jauh dari niat sebenar kat MPH tadi.. I pun tersasar jugak.. Hihihi.. Tapi buku I ni berguna ye untuk buat rujukan... Hihihi



post something yang nak menyejukkan hati sendiri... Okaylah, tidur lah.. Esok Isnin..

You buat I Geram Sedih Nak Marah Nak Nangis Tau!

Kenape U tak cakap U nak singgah office ke mane mane tempat tadi kat I? Susah ke untuk bagitau.. I menunggu macam ape kat rumah ni.. janji nak pergi tempah wedding card petang tadi.. Kalau cakap nak pergi mane mane kan senang.. I bukan tak boleh nak pergi sorang sorang.. Mak I duk bising dengan I dia nak invitation card tu cepat cepat.. dia malas nak rush jemput orang nanti.. Orang tua mana larat nak invite orang in a short while.. Sape yang nak kawin sekarang ni.. I je ke atau U sekali? U suka ambik mudah benda benda macam ni.. Bila weekdays I dah la balik malam.. Bila masa nak settle ni? Lemah la.. Saje je nak buat I moody time period ni..

Tekanan!! Mana Nak Tempah Kad Kahwin ni...

Semalam emak I call... Nisa, kad kahwin dah tempah ke belum? Mak nak cepat.. Malas lak nak menjemput orang lambat lambat.. Kalau boleh mak nak ko bawak balik kad sebelum April.. Wow!! dalam masa sebulan ke settle kad kahwin.. Nak buat kat mane ni??????

Liburan Lentang, I Terlentang


Sebelum ni I dah ada buat entry tentang Trip ke Lentang.. Menurut kengkawan ini kali kedua mereka buat event kat sini. Tapi sewaktu camping kat Lentang hari tu, serius I memang takde mood sangat untuk follow semua aktiviti.. Gambar I pun tak banyak.. Bukan tak banyak tapi ade satu je..

Kenapa takde mood sangat? dari awal memang ada niat malas nak pergi.. Kat sana pulak, gigi I baru mula sakit.. Sakit gigi tu pulak terus merebak ke kepala.. Memang I hilang minat la untuk join orang.. Apa yang I tahu, mengadap iPad dan main game.. Confirm kengkawan boring dengan aku kan.. Cuma masa tu, I tak nak inform korang masalah I je..




Dan sekarang, bila I tengok gambar ni I rasa jealous sudah.. Apa boleh buat.. Memang gigi memberi impak besar dalam hidup.. Hohoho.. Sampai Abang Eddy nak mengacau pun kena marah dan pas fon dekat Abang Art.. Hohohoho

Cuma satu je benda yang I gerakkan.. BBQ.. itu pun Kak Ilani dan Kak Nadiah tolong 90%.. I cuma tolong campak bahan bahan marinate jer.. Dari kerja nak bersihkan, gaulkan dan bakarkan semua diorang buat..


Terima kasih semua yang sudah merindui BBQ yang I prepare... Hahahaha... statement poyo...



Saturday, February 25, 2012

Dinner Orang Malas - Nak Try Nuget Sebenarnya..

Kalau ikutkan tadi dah taknak makan.. tapi tiba tiba datang pulak habit perempuan.. Kang kalau tak makan, tak pasal malam nanti perut masuk angin.. Bukan tak biasa kalau saat saat macam ni tak makan perut akan buat hal.. 

So pergi la bukak fridge.. Kita angkut saja nuget yang baru dibeli semalam untuk dimasukkan ke dalam kuali.. Semalam beli nuget Marina Tempura yang ada chicken sausage ni sebab nak rasa.. Sedap ke tidak.. Selalunya I beli yang biasa tu je.. Disebabkan semalam takde, mula la merepek repek beli yang ni..


Tapi I takde la makan nuget saje.. ade ADD ON gitu.. Walaupun dalam mood diet tak amik kaborhidrat dengan banyak, tapi I makan jugak nasi.. Tambah jugak lagi dengan daging goreng.. Daging fresh yang di beli kat pasar pagi tadi yer.. 


Abaikan gambar terbalik.. malas nak rotate.. hohoho... 


Inilah nuget filling chicken sausage tu.. Rasa dia takde la sedap mana.. Kalau ada yang biasa tu I akan beli yang biasa la.. Cuma brand Marina.. Sedap.. Tapi kalau takde jugak, I beli la Nuget Tempura Ramly..

Okaylah, dah tunjuk dah menu dinner I hari ni.. Nak bersiap nak pergi Stadium pulak.. Nak follow En. Hubby main bola.. lalalalalala

Manusia Nak Jadi Kambing?

Bila I tengok tajuk pun dah rase manusia tu pelik.. I tengok gambar lagi la rase geli.. Eeiii.....











Manusia apakah ini?? Rasa macam tak tau lah nak cakap apa..


Breakfast Hujung Minggu di Restoran La Tansa

Tak hujung minggu je... Setiap hari kalau I pergi kerja ke Subang.. Kedai dia menyediakan menu sarapan pagi ala ala pantai timur punye style.. Ada Nasi Dagang, Pulut Kelapa, Laksam, Nasi Kerabu dan macam macam lagi la.. Lokasi kedai adalah di Seksyen 13 Shah Alam. Kedai dia biasa biasa je..

I selalu kesana sebab En. Hubby memang suka makan kat situ.. Ada macam macam makanan febret dia lah katakan.. Pagi pergi lagi.. Singgah dulu sebelum ke pasar..

 Menu I, mane pergi mood diet ni?



Menu En. Hubby,





P/s: mood semangat update blog sebab dah mandi pagi!

Friday, February 24, 2012

Papan Tanda Yang Menarik Minat I di Janda Baik

Masa menghantar kawan kawan untuk mendaki Gunung Nuang hari tu la kira first time I sampai ke Janda Baik.. Walaupun tempat tu dekat je tapi belum berkesempatan nak bercuti dengan keluarga. InsyaAllah nanti suatu hari I akan bawak family bercuti ke Janda Baik memandangkan ada satu resort yang boleh di booking anytime!

Selama ni I tak tahu jugak kat sana ada sangat banyak resort untuk bersantai di hujung minggu.. Dalam perjalanan ke hujung jalan, tempat bermula pendakian ke Gunung Nuang, I jumpa macam macam signboard.. Tapi ada 3 yang sangat buat I tertarik..

Pertama,


I suka signboard ni.. Sebab ada kawan I yang di panggi Bonda.. Tapi dia lelaki... I sengaja tangkap gambar ni untuk tag dia kat Facebook.. 

Kedua,

Signboard resort ni macam lagu baru Jamal Abdillah ler....

Ketiga, 

Signboard macam ni pun ada? macam macam cara untuk menarik perhatian pelanggan.. 

tapi, I suka la Janda Baik tu, rumah dan kawasan sekitar situ cantik jer... Aman dan damai.. Nanti satu hari nak jugak ajak family ke sana..

Wednesday, February 22, 2012

5 Februari 2012 - Satu Tarikh Penting Dalam Hidup


Alhamdulillah..Selamat sudah melepasi satu fasa dalam kehidupan. pada mulanya kami tak plan untuk bertunang pun.. Ingin terus bernikah.. Tapi untuk mengelakkan fitnah, perlulah jugak bertunang.. Apa pulak kata orang kan bila terus bernikah, seolah olah tergesa gesa.. Padahal nak jimatkan kos.

Dengan 7 berbalas 9 hantaran (tupun asalnya 5 balas 7) I selamat bertunang sebelum waktu Zohor.. Sengaja buat majlis awal, sebab mak ayah membuat kenduri arwah dan kesyukuran selepas Zohor. Lagipun senang sikit bila buat majlis awal awal ni.. Tak mengganggu apa yang patut..

Tapi apa perasaan bila bertunang ni yer? Entah.. Sama jek.. Hahaha.. ada sedikit gambar untuk korang.. Yang lain Mr. Photographer belum bagi lagi.. Cepat la sikit buat keje yer!!



InsyaAllah nanti I post pulak Outdoor Photoshoot yang terseksa di pantai.. 




Tuesday, February 21, 2012

Last Week Lentang dan Gunung Nuang

Lentang.. Sangat berat hati kaki nak pergi.. As project manager yang sangat tak membantu, except for BBQ Preparation, I sebenarnya memang malas nak pergi pada mulanya...

Bila dah malas, memang kat sana menjadi seorang pemalas jugak la.. Satu aktiviti pun I tak join.. Bukannya aktiviti tak best, tapi mood masa tu bukan untuk melakukan semua tu.. Jujur dalam kepala sekarang ni tengah serabut dan kalut untuk 27 May nanti.. Jujur jugak, progress untuk 27 May cuma 9%! serius serabut.. Dengan Encik Hubby pun sibuk kerja.. I lagi tension.. 

Tapi pergi la jugak Trip Lentang.. I tak masuk langsung dalam air.. Tak berminat dengan kaler air pun macam tu.. Musim hujan.. Biasa la keruh dan deras.. Tapi tujuan utama Trip Lentang bukan untuk bermandi manda.. Satu, gathering ahli baru dan lama. Satu lagi Trip mendaki Gunung Nuang.. 


Trip Gunung Nuang pun tak join.. Walaupun hati ni meronta ronta nak hiking, tapi atas faktor keselamatan, I tak nak mendera kaki yang sedia tak sihat sangat.huhuhu... Nanti kalau jadi apa apa, takkan la nak naik pelamin dengan tempang. Syabas diucapkan kepada kawan kawan yang berjaya ke puncak Nuang.. Walaupun korang dah buat I kerisauan menunggu korang balik.


Semoga jumpa lagi di perjumpaan akan datang.. 

Gigi Oh Gigi

Pagi ni bersemangat bangun awal.. Nak pergi kerja la.. Tengah mandi, badan rasa tak larat.. Siap mandi terus terbaring je.. 6.30 pagi bangun semula nak gosok baju.. Tapi seram ejuk... Rasa tak larat sangat.. Siap gosok baju, masuk bilik dan tidur semula.. Sekarang dah cuba bangun dan berusaha untuk buat kerja.. Tapi tak larat jugak.. Kepala sakit.. Badan lemah.. Tak boleh nak makan dan minum.. Takde mood nak cakap dengan orang... Terseksa sangat ni.. Bila lah gigi bongsu ni nak habis tumbuh.. Sakit sangat ni..

Saturday, February 18, 2012

Menunggu... Serius Risau...

Saat ni... Berdebar debar... Dengan ekor mata kiri bergerak gerak sejak 2 3 hari lepas.. Ya Allah.. Cepatlah tamatkan kerisauan aku ni... Saat ni hujan renyai renyai.. Memang obvious keadaan agak membahayakan... Aku berharap... Tiada apa yang buruk berlaku.. Dan aku masih sabar menunggu kat bawah ni.. Semoga korang semua balik dalam keadaan yang selamat malam ni... Amin.... Lokasi sekarang di depan kedai runcit kat Janda Baik.. Tengah menunggu kawan kawan yang pergi mendaki Gunung Nuang pagi tadi turun.. Sepatutnya pukul 6 petang dah tiba di bawah.. Tapi sekarang, call pun semua orang tak dapat dihubungi.. Allah jela tahu hati ni berdebar macam mana..

Thursday, February 16, 2012

Celcom Saya Pun Buat Hal!

Semalaman tak dapa gunakan Celcom.. Dah la cuma ada 1 nombor je.. Memang kalau ada apa apa yang berlaku memang terus lost contact la.. Kalau ikutkan ok je lagi. Sebab duk rumah je malam tadi.. Lagipun, iPad ngan Unifi boleh guna.. Tapi sakit hati jugak la.. Dari pukul 9 malam sampai 4 pagi je baru ok.. Macam macam urusan dah tergendala.. Kalau ikutkan, taknak dah guna Celcom.. Dah la kat Taman Ixora takde coverage.. Maxis, Digi boleh je full bar. Celcom!!! Jangan buat I berpaling tadah!

Wednesday, February 01, 2012

Kadang kadang kita harus sedar..

Kadang kadang kita harus sedar... Apa yang kita mahu tak semestinya akan menjadi milik kita... Tapi bila ia berlaku hati kita tetap akan kecewa.. Mungkin apa yang kita mahu tu susah nak cari.. Susah nak jumpa.. Bila da berkenan kita ingin pastikan ia menjadi milik kita.. Bila ia melepas akibat sikap orang lain, itu yang terasa ingin merajuk 40 hari.. Aku dah cuba untuk tidak bersikap dingin.. Aku da cuba untuk bersikap biasa.. Tapi hati tetap sedih.. Kecewa.. Bibir tak mampu tersenyum.. Hati tak mampu menjadi ikhlas.. Aku tahu.. Itu bukan rezeki aku... Tapi tolonglah mengerti.. Setiap kali aku meminta benda seperti itu, bukan bermakna aku ingin menghabiskan duit.. Kerana mahal bukan segalanya.. Aku cuma ingin membeli apa yang perlu.. Dah aku susah untuk jatuh hati pada sesuatu.. Aku dah hampir berputus asa.. Usahakanlah sendiri apa yang perlu.. Aku penat untuk mencari dan berfikir.. Semoga dua tiga bulan lagi hati ini dah sembuh dari kecewa semalam untuk mencari semula..