Wednesday, August 15, 2012

14 Ogos? Macam Macam Ada..

semalam I dan En. Hubby cuti bertujuan untuk pergi buat medical check up. For the first time i pergi buat buku kat klinik kerajaan dulu la. Senang.. I tak nak kena bebel ke apa in future kalau tetiba nak refer government. I bukan seorang yang penyabar. So better buat dulu daripada susah kemudian hari.

Even kami memang tak plan untuk deliver kat government hospital, tapi mana tau tiba tiba sesuatu tak dijangka tengah travel ke, balik kampung ke sakit kat mana mana, senang la nak refer.

Nak dijadikan cerita, selepas jumpa nurse sambil tunggu turn nak jumpa doktor ni, kami terhidu bau asap. I cakap kat En. Hubby. "ni bau nak suruh i muntah ni. I memang tak boleh bau asap".

Tiba tiba bila I bangun pandang belakang, satu klinik tu dah kelam dengan asap.. OMG! FIRE!!! I dan En. Hubby masa tu memang kat depan pintu belakang, apa lagi, cabut la... Lepak kat depan apartment staff tu. staff klinik pulak sibuk cari mana punca asap tu datang.. Tunggu punya tunggu, takde pun fire.. FIRE ALARM pulak lambat.. Semua orang dah keluar baru la berbunyi.. Apodah!

Tapi sampai sudah takde pun api yang muncul. Dan asap yang kelam kat dalam bangunan tu hilang. Tapi kena la tunggu Bomba jugak datang.. Bersidai lah semua orang sakit kat car park.. Kesiannye... Dah la orang sakit.. Panik pulak kejap dengan kewujudan asap tu.

Sambil tunggu Bomba duk siasat tu I dapat satu berita yang sangat sangat Best! My SIL dah bersalin baby girl awal pagi semalam. Yup! Baby GIRL! Alhamdulillah.. Finally.. Kehadiran yang ditunggu tunggu dalam family I.. GEGIRL!

Actually, dalam family I, bila keluar baby boy, nobody excited. Boy? Ok.. Boy lagi.. Bape ramai boy da.. Bila Girl je semua macam nak melompat. Macam Special Edition gitu! Payahnye nak dapat Girl.

I nanti? Entah.. Boy boleh.. Girl pun boleh.. Tak kisah sangat.. Janji anak selamat dan sihat...

Haihhh.. Sekarang dah tak sabar nak balik raya kat Felda Neram Satu dah! Nak jumpa gegirl!!! Tapi kalau my SIL balik umah mak dia pun I tak susah. Boleh jumpa jugak. Kan En. Hubby dan SIL sekampung.... Lol~









Nota kaki:
Lupa someting,
HAPPY BIRTHDAY to Al Muhafiz yang ke-9 tahun.. Lupa nak wish sebab lagi excited dengan kehadiran Gegirl. Gegirl dan Abang Apiz lahir tarikh sama! Jimat duit papa nanti yer. Beli kek share 2 orang. Haha

Tuesday, August 14, 2012

Sayur? I Blame U lah Hubby!

 
Since pregnant ni, dah macam macam perubahan yang berlaku. Apa yang I suka sangat sangat boleh tiba tiba tak suka. Apa yang I tak suka boleh tersuka tiba tiba..

Tapi I kecewa dengan satu benda. SAYUR! I alah dengan sayur.. OMG... Dats my febret! I love to eat sayur.. Sup sayur lah paling sedap. Letak soohun banyak banyak pastu makan tanpa nasi. Sedapnye!!!!

Sekarang, I tak boleh makan sayur langsung! Owh no... Ini sangat tidak adil. I beli sayur.. I masak sayur sayur tu.. Bila I makan, I muntah dan akan rasa tak selesa untuk masa yang lama. Terasa macam ada sayur busuk kat tekak. Itu jugak akan buat I loya loya sepanjang hari. Menci!!!!

Dulu hidup I tak lengkap kalau tak makan sayur. Sekarang, hidup I terseksa bila makan sayur.. Huhuhuh...

Rasa nak marah je kat En. Hubby. Sebab sebenarnya dia la insan yang tak suka makan sayur tu!

Monday, August 13, 2012

London Bridge is Falling Down~

London Bridge is falling down,
Falling down, falling down.
London Bridge is falling down,
My fair lady~





Tapi,
Tukar lirik..










Macbook Pro is falling down,
Falling down, falling down.
Macbook Pro is falling down,
My fair lady~



yes!
It was happened to me! :-(

Dikala mengemas ngemas meja untuk berbuka, En. Hubby menyimpanlah Macbook dengan harapan jauh dari gangguan. Tetiba, kebaboommmm.. Toink! Bushhhhh!

Me: apa tu? Helmet ke jatuh kat dalam stor tu?

En. Hubby: (sambil memegang Macbook dia, muka sedih) jatuh..

Me: Rosak ke? Screen ok?

En. Hubby: rosak kot. Bunyi pelik jer. Panas pulak tu.





Masing masing diam. Otak merewang sewaktu berbuka. Makan pun tak lalu. Takkan la rosak lagi. Baru je DELL rosak dan ditukar baru. Takkan Macbook pulak? Huhuhu.. Tak puas pakai lagi..

Lepas berbuka, masing masing mengadap Macbook yang seketul tu dan keluarkan screw driver! Yup! Bukak dulu. Warranty baru je habis beberapa hari yang lepas dan kami tak extend! Damn!

Bila dibuka semua nampak ok.. Susun semula apa yang dah lari dari tempat dia, try ON, yup it's still funtion. Alhamdulillah.. Tak rosak.. Tinggi jugak dia terjun tu.. Lega..

Bila test itu ini, owh... Very very siput. Hurm.. Hard disk dah k.o! What to do.. Hard disk still better compare the whole things rosak. Kalau screen yang rosak pun rasa nak nangis guling guling kot..

Fikir fikir lagi. Hantar service centre ke macam mana? Service centre, One Utama.. Malasnya bulan puasa nak ke arah sana.. Tak sempat la nak balik berbuka. Weekend pulak mesti ramai orang shopping raya.

Risik kawan kawan, cakap buat sendiri sajelah.. So, Digital Mall menjadi pilihan dan hard disk baru dah disebat. Siap upgrade lagi.. Best! Puas hati dan lega.. Tak sedih dah.. Cuma keciwa sikit sebab revoke to Snow Leopard. Tak boleh upgrade automatically to OS X Lion. Dulu beli a few days before OS X Lion keluar. Boleh upgrade free.

Tapi sekarang semua dah okay. Siap upgrade Mountain Lion lagi. Terbanglah duit. Tapi... Sangat puas hati. Macbook dah power balik.

Dan yang paling geram, bila check credit card statement, Epi Centre dah tolong update extended warranty baru baru ni.. Uwaaaaa! Keciwa semula. Kalau tahu awal awal, tak payah suffer in the hard way. Hampeh punye budak.. Tak call pun inform ko dah tolong update!

Anyway, thanks.. Harapkan En. Hubby, dia takdenye buat semua tu..















Nota kaki:
Macam dah menyesal beli DELL baru baru ni. Siput sedut pun sedap. i3 sangat slow! Apodah...
Blogging dengan iPad jela. Boleh masuk dalam selimut..

24 Ramadhan

Pejam celik pejam celik dah masuk minggu terakhir puasa. Persiapan raya? For me, ala kadar.. Kebetulan lepas kahwin dulu dah tempah sepasang baju. So En. Hubby pun refer colour baju I yang tu jela untuk prepare baju melayu dia. Senang.. Dalam keadaan sekarang, nak bersesak sesak beli baju raya tu memang mustahil la..

Cuma kuih raya je kuatkan semangat jugak travel ke Sungai Besar Sabtu lepas untuk angkut kuih yang murah murah. Terus borong 20 bekas dan kerepek banyak banyak. Puas hati! Kalau kat Shah Alam paling murah RM25 la yang sedap. Kat sana RM15 dah dapat. Tapi I punya special price la. Home made jugak. Sedap!

Tapi sedih.. Cita cita cuma tinggal kenangan. Hajat nak puasa penuh. Tapi dah cacat dah sehari. Memang sangat tak larat sampai tak boleh bangun. Huhuhu...

Sabarlah hati.. Tempuhi first trimester dengan tenang.. Layan segala rasa yang datang.. (walaupun slalu je nangis bila tak larat!)

Friday, August 10, 2012

Cemburu!

Setiap hari sentiasa ada orang yang tak puas hati. Bulan puasa pun terus berhasad dengki. Sepatutnya bulan puasa dihiasi dengan amalan amalan mulia. Bukan dengan perangai perangai mazmumah. Nauzubillah itu berlaku kepada diri sendiri.

Apa yang berlaku hari ini tak perlulah diceritakan di sini. Sebab bila bila masa saja orang itu akan membaca tulisan tulisan ini. Cuma, nasihat ikhlas dari hati, tak perlulah kita menjadi insan yang riak, sombong dan terlalu menjaga tepi kain orang. Dan tak perlu bersifat pendengki dengan orang lain.

Sape Nak Tolong Kerat?

Macam ni lah bila bercakap tak guna otak. Jap lagi account FB dia mesti tutup....

Thursday, August 09, 2012

Pernah tak dapat emel macam ni?

Lately, I selalu dapat emel yang macam ni. Setiap emel akan berbeza nama. Tapi isi kandungan emel adalah sama.
Dah la dapat dekat emel yang bukan digunakan untuk register facebook ataupun twitter mahupun blog. Emel personal yang selalu digunakan bertujuan bukan untuk sosial la, ayat mudah dia..

Hairan bin pelik jugak bila emel macam tu sampai.. Dah la dengan niat nak menipu orang agaknya.. Haihh... Macam macam cara orang nak menipu sekarang ni. Kesian....

Emel yang dihantar ada yang berbahasa Melayu. Ada Bahasa Inggeris. Nama pengantar je bertukar tukar. Ini sebilangan emel yang I dapat. Selebihnya mungkin dah delete. Sebab cari punye cari dah tak jumpe pom..

Awas lah semua yer!

Tuesday, August 07, 2012

Saya.

Alhamdulillah.. Sudah 18 hari di bulan Ramadhan. Dan bangga dengan diri sendiri. Berjaya menghabiskan puasa setiap hari. Semoga 11 hari lagi berjaya ditempuhi. InsyaAllah..

Hari ni genap 9 minggu, setiap hari macam macam perkara baru ditempuhi dan kadang kadang sangat seksa! Yang ketara, setiap kali berubah minggu, terasa semakin lembik lembik dan lembik. Mungkin di bulan puasa. Dah hampir ke hujung, semakin kurang tenaga dalam diri. Dengan membawa insan baru, badan belum mampu nak menyesuaikan keadaan.

Sungguh.
Hari ni, lembik!

Entri Pendek

Sejak dua menjak ni... Perasaan untuk menulis seolah olah mati. Early pregnancy memang memerlukan ketabahan. Tetapi apa yang berlaku disekeliling pun mengganggu konsentrasi pemikiran. Memang jiwa terlebih sensitif diwaktu begini. Tapi tak perlulah insan insan lain itu nak menyibuk tentang kehidupan biasa seorang Anisah.

Sudahlah.. Terlalu banyak berfikir pulak bila cuba menulis. Tak bagus untuk kesihatan..

Selamat berpuasa semua..

Wednesday, August 01, 2012

#Wordless Wednesday : Logo Baru Malaysia Airlines


Still wordlesssssssssssssss........