Monday, April 30, 2012

Bersawang? Ke macam Chips More

Assalamualaikum...
Selamat petang.. Bulan April nak berakhir beberapa jam je lagi.. Mei akan tiba. Pelbagai perkara yang berlaku di bulan Mei.. Dari dulu hingga sekarang.. Banyak perkara belaku di bulan Mei..

Yang pasti juga, bulan Mei tahun ni akan datang satu perubahan besar dalam hidup Anisah. Semoga segalanya akan berjalan lancar dan tiada perkara yang tak diingini berlaku..

Kejadian April..
Yang pasti, banyak dugaan yang dah diharungi.. Terutamanya ayah.. Ya Allah.. Panjangkanlah umur ayah.. Sihatkanlah tubuh badan ayah dan emak.. Anak anak nak melihat mak dan ayah hidup sihat walafiat selalu..

Lagi,
Di bulan April juga, menguji kesabaran Anisah lagi.. Di dalam kesibukan berulang alik ke kampung, Anisah kehilangan kunci kereta di rumah! serius geram dan tertekan.. Sehingga Anisah perlu berulang alik KUANTAN-SUBANG-KUANTAN-SUBANG lagi dalam masa satu hari.. Driving sendiri lagi tu.. Memang karenah kanak kanak menyusahkan hidup orang dewasa.. Tapi redha jelah bila jumpa balik kunci kereta di dalam sofa.. Thank you Al-Muhaimin.. Kalau tak, melayang la duit  untuk buat kunci baru..

Okaylah.. Tak nak dah bercakap tentang sejarah April.. Looking forward.. Prepare for May events.. Banyak sangat ni..

Tak caya?
See!




Yang kotak hadiah tu birthday orang rapat dengan Anisah.. Yang Sticky note pulak, adalah cerita disebaliknya.. Tambah pulak nak nikah bulan Mei jugak.. Pandai ayah letak tarikh untuk penuhkan kalendar anak ayah yer...

Ada sesiapa lagi nak tambah hari hari kosong di bulan Mei saya?

Saturday, April 21, 2012

Malas!

Assalamualaikum...
Uwaaaa!!!!!!! serius malas untuk blogging.. Penat.. Sibuk... Serabut.... Tuan blog sendiriun tak bukak blog.. Macam mana nak update...
Sepanjang tak update blog ni macam macam benda berlaku.. Ayah sakit... Hilang kunci kereta.. Tukar department lagi.. Balik kampung.. Prepare wedding... Ayah sakit.. Serabut sangat..
Yang paling penting sekarang ni nak tengok ayah betul betul sihat je...