Sunday, October 14, 2012

Terlepas!

Terlepas... Itu yang paling tepat dikatakan untuk diri sendiri. Keluar bersama cik adik Nurul tanpa dirancang dan tujuan pun tak berapa nak pasti. Asalnya takut jugak nak mintak keizinan. Al maklumlah tak pernah pun keluar weekend dengan insan lain melainkan En. Hubby atau kakakku. Kalau keluar weekdays tu ada la.. 

Alang alang En. Hubby memberi peluang untuk keluar dengan cik adik, terus melompat cium cium thank you untuk dia.. Opss! tak melompat sangat la. Mana boleh melompat lompat. Kang baby marah kang kat dalam perut. Huhuhu.. 

Plan asal cik adik ajak keluar sebab nak ke Solaris Dutamas. Kalau diikutkan I memang lupa langsung tentang event ChurpChurp tu. Tapi cik adik la, nak sangat jumpa Maria Elena. Ok.. Boleh je.. I tak kisah memandangkan En. Hubby dah bgi kebenaran keluar.


Sampai sampai, register kat event, dapat la goodies bag. Patutnya, ada lagi aktiviti lain untuk lucky draw. Tapi tak berminatlah nak join. I tengah dalam mood shopping ni!!! 


Ini, isi dalam bag.. 

voucher! 
beserta Bcard.. 
kupon dalam Bcard tu banyak yang menarik.. Mungkin akan digunakan dengan jayanya!

Then, 
ini pun ada kat dalam goodies bag. 

En. Hubby cakap, 
Tak Perlu! 
hihihi


Pusing sekejap di Solaris, I terus mintak cik adik bawak I ke Berjaya Time Square. Mintak je nak kemana. Cik adik tolong drive je. Alhamdulillah.. Happy.. Maklumlah drive sekejap pun dah sakit belakang.. Tu malas tu nak pergi mana mana sendiri. I memang target nak shopping. Walau macam mana sekalipun, I mesti balik dengan hasil tangkapan di Time Square. Hahahaha... 

So, less than 3 hours, I dapat beberapa barang. 




tshirt tu bukan dari BTS ;-)

Hasilnya!!! 
Sangat puas hati. Sebab, kalau pergi shopping dengan En. Hubby, memang takkan dapat semua ni.. Sebab dia malas nak jalan. Hohoho.. 

Thank you En. Hubby lepaskan I keluar sampai 10 malam.. Nanti lain kali lepaskan lagi yer.. Lalalalalalalala.............

Tuesday, October 09, 2012

Hati ini

Tak mampu berkata
Kepala terasa berat
Terlalu sedih
Pedih
Hati menangis

Ya Allah
Kuatkan hati ini
Tabahkan aku
Ceriakan aku yang kecewa

Anganku musnah!

Sunday, October 07, 2012

#Mengidam - A&W Ice Cream Waffle

Waffle lain takde pun teringin. A&W jugak yang diminta minta.. Double scoops ice cream... Waffle lembut dimakan panas panas.. Ermmm... Fuhhhh.. Meleleh air liur...

Memandangkan hari hari menggunakan Faderal Highway, so bukan satu masalah besar untuk En. Hubby drop by di A&W dekat Tol Batu 3, Shah Alam melayan Cik Puan yang mintak macam macam.. Asalkan hari tersebut dia tidak terlepas nak beriadah di padang bola..

Anyway, thank you my love.. Thank you and I LOVE U.... I lap peluh u.. :-p

En. Hubby


Mengenalinya cuma seperti satu kebetulan.. Dan tak sangka.. Kebetulan itu kami begini sekarang.. Begini? Ikatan perkahwinan kami.. 




Cerita kami,

Mula mengenali En. Hubby sewaktu praktikal. Sebelum itu, kenal cuma dengan nama.. Dan tak pernah hirau langsung untuk mengenalinya lebih dekat.. Siapa sangka.. Jodoh pertemuan, ajal dan maut di tangan Allah SWT. Cara En. Hubby nak dekat dengan I pulak, macam nak gelak pun ada.. Lucu bila diingatkan semula.. Hanya kawan kawan satu team yang tahu cerita ni kan? Dah tersenyum sorang sorang dah bila ingat semula..


Latar belakang En. Hubby.. Seorang engineer di syarikat penerbangan.. Dulu En. Hubby pernah berkahwin dan dikurniakan 4 cahaya mata.. Pertengahan tahun 2009, isteri En. Hubby meninggal setelah menderita kanser payudara..



Kami pulak mula mula kenal dalam bulan awal tahun 2010 macam tu kot.. Waktu attach ke line yang dia jaga.. Hari hari kena dengar dia briefing.. Hari hari jugak la I buat muka dengan dia.. Tapi dia tetap juga nak tengok.. Sampai sorang pakcik tu hari hari cakap kat I, "kenapa Wankay pandang kat sini yer?".. My answer is, "ENTAH!" hahaha.. Pakcik.. Sorry tipu pakcik.. Saya tahu kenapa dia suka pandang ke arah kita.. Sebab dia nak tackle saya.. Hohoho.. Perasan!



Tapi kami lost contact jugak sekejap.. Sebab I cakap I ada boyfriend waktu tu.. Boyfriend ke masa tu? Boyfriend la.. Bukan special.. En. Hubby pun bawak haluan sendiri jugak kan?? ;-)



Sehinggalah Ramadhan tahun 2010 tu muncul.. Ramadhan jugak la kami mula bertukar tukar cerita.. Hati ni takde niat untuk memberi peluang pun okay.. Tetapi beberapa bulan lepas tu, dapat alamat, dapat petanda dan istikharah memujuk hati ni menerima En. Hubby.. Alhamdulillah.. Sekarang kami bersama.. Bahagia..



Tentangan?

of course ada..


Kutukan?

Bercakap belakang?
banyak.. Sampai tak larat dengar.. Especially 'Anisah nak kikis harta!'
Wow!!


Terima kasih kawan kawan yang sentiasa di sisi.. Yang memberi kekuatan untuk biarkan segala kata kata negatif tu pergi seperti angin..



Semoga perkahwinan kami bahagia hingga ke akhir hayat... Amin...



Saturday, October 06, 2012

First Time #1

Lokasi: Laman Seri, Shah Alam
Masa: 7.00 petang lebih lebih
Tarikh: 4 Oktober 2012
Mangsa: BLL8737 dan WSM4411


MELANGGAR KERETA ORANG!



Walaupun kita sentiasa berhati hati, andai hari malang itu datang, kita tak mampu melawan takdir.

Mungkin di pihak orang yang terkena akan rasa tidak berpuas hati. Marah. Dan pelbagai perasaan lagi. Sebelum ni, I pun pernah berada di posisi mangsa. Tapi takdelah melenting mengamuk, mengetuk pintu suruh keluar dan ajak bergaduh. Waktu tu, Lagilah, I memang melihat dari awal orang tu masuk kereta, reverse dan kedegangg! Kemek sudah BKP 8737 pada 2 panel dekat pintu.

Sebagai seorang Islam dan berpelajaran (I taknak tunjuk baik ke alim pun), cuma kita memang ada pelbagai sikap. Jika sabar, berhemah dan sedar siapa kita, mungkin kita akan control setiap perbuatan tak kira di mana kita berada dan apa situasi yang berlaku.

Bukan menunjukkan kita lemah pun kalau kita tak melenting mangamuk. Tapi ada kekuatan lain jika kita tidak bersikap seperti itu.. Orang yang melihat pun akan kagum dengan sikap itu.

Back to apa yang berlaku. Apabila seorang perempuan datang dan mengamuk, mengetuk pintu ajak keluar bergaduh selepas I melanggar keretanya dengan tak sengaja, I tak keluar dengan sikap yang sama. Walaupun I pun boleh bersikap seperti itu jugak.

Walaupun sepanjang masa dia mencampakkan api, I tetap ingin membalas dengan air. I, seorang perempuan. Sikap seorang perempuan yang cantik disisi Allah adalah berhemah. Itu yang perlu dikejarkan setiap hambaNya. Bukan sebaliknya.

Dulu, mungkin ya. Ketika baru nak membesar. Cool kalau bersikap begitu.. Cool bila bercakap kasar.. Masih ingin meniru niru orang lain.. Masih mencari identiti.. Kini, harus berubah dan berpendirian.

Walaubagaimanapun, segalanya selesai dengan baik. Segala kos membaiki kereta kakak itu, I bayarkan saja. Admit je kesalahan. Mungkin rezeki tu bukan untuk I gunakan. Mungkin ada kepincangan di mana mana hingga duit berjumlah itu, tidak boleh digunakan untuk diri sendiri.

Takpelah.. Harap kakak tu, dah gembira dengan keretanya yang dah tiada kesan dilanggar, maaf dipinta di atas segalanya.

Shining lagi..


BLL? Nanti lah.. I pergi kedai. Kalau dibiarkan kepada En. Hubby, berkurunlah macam tu. takde effect pada pandangan dia.. Still boleh jalan..

Friday, October 05, 2012

Solero Split

Sekarang ni, pantang nampak peti aiskrim WALL'S.. Mesti mencari benda ini..



Benda murah berharga seringgit sudah menjadi pujaan hati. Jika dulu, pandang dua belah mata, tetapi tetap ingin mencari pujaan lain yang lebih tinggi harganya. Tamak bukan?

Tak sangka.. Semenjak dua menjak di sudah tak mampu berpisah dengan dia. Kadangkala, sanggup keluar berkilometer untuk mencari pujaan hati. Teruk bukan?

Preggy Mommy tak sepatutnya minum ais dan makan aiskrim. Tapi, apakan daya.. Hanya Solero yang berjaya menghilangkan perasaan loya ditekak. Rasa dia.. Masam dan agak creamy didalam.. Mmmmmm... SEDAP!

Sekarang, setiap kali beli, mesti 2. En. Hubby selalu mintak sikit bila beli satu. Al konon ketika ditanya, katakan taknak.. Bila dibeli, hulur kemulutnya, ngap terus! Ceh! Berlakon tak nak konon.. Pastu jeling bila I makan..

Baru U tahu yer.. Setiap makanan tak sihat yang I suka, mesti U akan jatuh hati. Kan? Dan kalau U nak tahu jugak, hanya aiskrim dari peti Wall's je masuk ke perut I. Yang lain? Tak brape nak pandang.....

Thursday, October 04, 2012

#Mengidam - Garlic Cheese Naan dan Ayam Tandoori

Sejak bulan puasa lagi I teringin sangat sangat nak makan 2 benda ni. Garlic Cheese Naan dan Ayam Tandoori. Terbayang bayang dekat D'Tandoor. Sedap...

Agak tak senonoh jugak la bila selalu sangat I zikir 2 makanan ni kat depan En. Hubby. Nak buat macam mana. Memang rasa nak makan sangat sangat. Dia pulak sibuk memanjang.. Sibuk dengan bola!

Bola..
Bola.......
Bola..........

Bosan jugak. Tapi apakan daya seorang isteri melainkan menanamkan perasaan suka kepada bola sepak in stead of marahkan dia bermain bola.. Untung macam semalam, cuci mata tengok Fizo Omar lawan bola dengan team En. Hubby..

Dan semalam jugak, dia tapaukan je Garlic Cheese Naan dan Ayam Tandoori dari Hassan Bistro. Takdelah best mana. Tapi boleh la untuk buat I kurangkan zikir depan muka En. Hubby I tu.

Jangan risau, hari lain yang malang buat En. Hubby, I tetap akan angkut dia ke D'Tandoor makan Garlic Cheese Naan dan Ayam Tandoori tu.

Godek godek gambar, terjumpa la dari album berbuka puasa beberapa tahun lepas. Kecur air liur...












Kata En. Hubby, dulu dia agak kurang peka terhadap permintaan isteri ketika mengandung, selepas kehilangan baru dia realize perkara ini. Kesibukan bekerja dan sikap berdikari seorang isteri membuat dia memandang remeh.. Kini, dia tak ingin mengulangi segalanya. Dan dia akan cuba memenuhi setiap permintaan. Untungnya.... 

Syukur Ya Allah aku dikurniakan suami yang baik seperti dia. I love u En. Wankay.. :-)

Wednesday, October 03, 2012

Wordless Wednesday - Ikan Jeket

Mangsa: Ikan Jeket
Penjenayah: Me!
Lokasi: Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi

Tuesday, October 02, 2012

Ada Apa Dengan Sampul Ini?

Sampul bergambar siapa eh? Sorry lah memang tak tahu sangat group K-Pop ni. So tak kenal mereka.. Tapi I tak berminat sangat nak bercerita pasal artis artis harini. Cuma apa ada dengan sampul misteri ni?



Sampul ni telah dijumpai di hadapan rumah. Spesifikasi lokasi adalah ditempat I meletakkan Myvi I.. Myvi tak pernah parking dalam pagar, sebab En. Hubby parking kereta dia kat situ. Except bila balik kampung jek. Huhuhu

Sebenarnya, I dah nampak sampul ni dari pagi. Tapi I tak berminat nak usik. I assume sampah je. Biasalah.. Rumah dekat dengan playground, banyak la sampah sarap. Mainan budak budak tinggal pun banyak jugak..

Bila sesuatu yang nak dijadikan cerita, anakanda dah ambil sampul tu.. Sampul duit, budak mana yang tak excited kan.. Dah ambik mesti la dia bukak..

Ekspresi dia? Of course terkejut! Menjerit jerit dan berlari lari ke arah Mummy..

Apa ada di dalam sampul tu? Sampul cantik bewarna pink.. Milik siapa? Dan macam mana ada dihadapan rumah I?




















Dan inilah isi di dalam semua sampul tersebut.




I assume, ini adalah duit raya salah seorang budak di area rumah ni.. Kesiannya dia... Still berharap ada budak datang mencari dekat I.. Kalau takde jugak, menjadi rezeki orang lain la nanti...

Nota Kaki: anakanda - merujuk kepada anak anak I yang tak pernah diceritakan di dalam blog ini.. Saja.. Tak nak up profile mereka. Risau ada yang tak suka..