Friday, June 28, 2013

Akibat Terlebih Shopping di USA,Nuffnang Menjadi Back Up

First time cash out duit dari Nuffnang. Dah beberapa tahun blogging. Tapi tak pernah cash out. Tapi.. Malam ni terpaksalah.. Selepas di kira kira. Dicampur tolak. Dibahagi darab.. Nak kena cash out ni pendapatan yang tak seberapa. Lagipun bukan dapat terus pun kan.. 

So.. Bermula Julai 2013, dari kosong kosong semula.. Kena rajin update blog lah. Tapi dah malas nak merapu la sekarang.. Kang banyak story tentang Adam Isyraf sajerrr...


Friday, June 21, 2013

Gaji LAE!


Gaji LAE?

LAE tu singkatan kepada License Aircraft Engineer. Kalau dalam aviation, orang kalau kata dia tu engineer mungkin kena kutuk seumur hidup la dengan geng geng diorang.. Orang luar memang akan menamakan mereka Engineer. Tapi orang orang yang memakai baju putih dan berbalak dibahu dalam aviation ni gemar dipanggil LAE. Engineer? 10 tahun lah kawan kawan LAE kutuk.. Yup.. It's happened!

Basic gaji sebagai LAE biasa biasa je.. Ditambah elaun itu dan ini, boleh la dapat 5000 sebulan.. Kalau rajin overtime.. Kalau nak lebih.. Overtime.. Dan overtime.. Itu je cara nak gaji banyak. Bila dah lama bekerja, dan still ditahap sama dengan satu approval, overtime pun taknak, tak boleh buat apa la.. Tak banyak la gaji.. Macam I lah.. Overtime? Sayang balik rumah jaga Isyraf lagi bagus. Tak payah overtime.

Nak tak nak, blogging lah mummy di rumah sambil melayan Icrap.. Bisness Shaklee pun bagus jugak.. Masyuk... Contact me ya orang orang di area Subang Impian kalau nak order Shaklee.. Harga dijamin puas hati.. Opsss... Keluar topik..

Tapi, 

Kalau rajin belajar, rajin bekerja rajin mengulangkaji pelajaran.. Belajar lagi! Boleh la dapat gaji lebih. 10 tahun kerja, approval pun meriah, gaji pun meriah la.. Cuma, orang yang dasar adalah seorang pemalas, belajar pun agak agak untuk dapat kerja je, tak sesuailah berada di aviation sebagai seorang LAE. Nak jadi Junior Technician boleh la.. Kerja sebagai LAE akan terus belajar dan belajar sehinggga dah taknak kerja. Even nak start buat kerja pun kena bukak manual dan baca dulu.. Orang tak suka membaca, sila tanamkan nilai murni suka membaca dikalangan anda jika bercita cita ingin menjadi LAE. 

Sekian.. Sambung kerja.. Daaaa.....

Sunday, June 16, 2013

Happy Father's Day!!

Engkaulah seorang lelaki..
Engkaulah seorang suami..
Dan..
Engkau juga ayah yang disayangi..
Happy Father's Day to Wankay.. Mummy dan isyraf sayang awak selamanya..
Tak lupa jugak ayahanda tercinta kat kampung. Selamat Hari Bapa.. Semoga kesihatan ayahanda bertambah sihat. Amin...

Friday, June 14, 2013

Anak Mummy Dah 4 Bulan

Semalam dah bawak Adam Isyraf ke Klinik Kesihatan Shah Alam. Check up untuk 4 bulan.. Tak sangka sampai sekarang Mummy masih ke Klinik Kerajaan. Mungkin kat Shah Alam ni KK lagi efficient dan cepat compare private. Sampai klinik pukul 8.00 pagi. Jam 9.30 pagi dah boleh sampai rumah dah. Best!

Semua perkembangan adalah positif. Tumbesaran pun normal. Berat sekarang dah 6.6 kg. Tinggi 52 cm. 

Alhamdulillah.. Exclusive breastfeeding masih diberikan untuk Isyraf. Semoga harapan Mummy akan berjaya nak berikan susu Mummy selama 2 tahun. Cuma Mummy je nak kena rajin pumping mengikut masa yang ditetapkan. Hai  mummy. . Jangan malas yer!
Sekarang Adam Isyraf Mummy dah mula mengenali orang. Alhamdulillah jugak.. Tak meragam dan tak menangis tak tentu pasal. Yang buat mummy cair bila melihat anak Mummy senyum. Alahai.. comel!

Bila tengok anak kawan kawan dah merangkak.. berjalan.. tak sabar pulak tunggu turn Isyraf. Confirm penat la kejap lagi.. Tapi mesti terhibur.

Oh.. Anak.. Engkaulah penyeri hidup mummy dan ayah.. I love you Adam Isyraf.. Semoga anak mummy akan terus membesar dengan sihat dan menjadi anak soleh.. Amin...