Thursday, June 28, 2012

Wedding Story: Outdoor Photoshoot - Colmar Tropicale

Lokasi : Colmar Tropicale, Bukit Tinggi Pahang
Tarikh : 10 Jun 2012
Photographer : Seventh Color Photography

Lokasi asal bukan di sini. Tetapi disebabkan ada masalah yang tak dapat nak dielakkan, kami memilih Bukit Tinggi untuk lokasi post wedding.

Kenapa sini? Ada kenangan la.. Memori 25 Disember 2010 tu mesti takkan dilupakan hingga ke akhir hayat kot. Insyaallah.. Lagipun tempat dating kami ni kan cantik untuk dibuat tempat photoshoot gitu. Perasan!

Okay lah.. Itu je yang nak tunjuk kat sini.. Terima kasih kat Seventh Color Photoghraphy untuk kerjasama yang diberikan disepanjang majlis serta bayaran yang berpatutan..



Nota kaki :

tak sabar tunggu En. Photographer yang lagi sorang kawin pulak.

Wednesday, June 27, 2012

Sorry, We Are Out Of Bread Now


Owh!! Kesian kepada sesiapa yang berharap untuk lunch promosi best hari ni. Keluar dari ofis terkejar kejar tapi sampai je terus nampak notis kat atas ni.. "SORRY WE ARE OUT OF BREAD NOW".. #ohmyenglish~


Semua gara gara promosi 'Buy 1 Free 1' yang Subway dah buat hari ni.I dan kawan kawan pun macam biasa la. Terjebak sama. Tak puas selalu pergi bawak kupon untuk Buy 1 Free 1. Bak kata Nisa, sebelum pergi QA oral makan Subway, dah abes QA oral pun makan Subway jugak. Beyond our expectation. Lol~


Nak beratur pun panjang dari biasa. Nak pilih roti pun limited dari biasa. Banyak yang habis sedangkan  baru 1300hrs. Nasib baik kami semua dapat yang diidam idamkan. Subway Meltz dengan roti Parmesan Oregano. Roti febret I dan En. Hubby. Tapi orang lain pun ramai yang menyukakannya. Betul tak?

Waktu nak memilih pun kelam kabut. Sebab terlalu ramai orang. Berebut rebut. Bukan kitorang tau yang berebut. Kitorang baik tau.  Tapi ada jugak budak yang potong Q kitorang tadi. Hampeh punye budak METC. Sabo jelah.. Budak budak.. Lapar agaknye.. 




Tak sempat lak nak ambik gambar yang dah siap. Kelam kabut nak mintak permintaan Mummy Nisa dengan budak Subway tu. 


Muka mula mula beratur. 5 minit pertama dia larat lagi. Lepas tu, dah la.. Korang jela belikan. Penat nak beratur dengan orang ramai. Sabo jela layan preggy mommy ni.. Masa ni I layan la first class.. Tunggu dah bersalin nanti.. Buat sendiri! hehehe.. 


Tengok budak ni yang kuat makan.. 1 foot long dia sorang makan. Iskh3.. Tamak tol. Patutla mengandung bertahun tahun tak beranak lagi. Opss!!


Ini yang En. Hubby punya. I sentiasa ingat dia tau. Pergi makan dengan kawan kawan pun I tapaukan untuk dia. Dah sayang.. mesti la tak nak kenyang sorang sorang.. Hohoho...

Sebelum balik, sempat lagi sekali I snap lagi sekali depan pintu Subway Skypark tadi.. Tak senonoh.. nasib baik semua orang dalam Subway tu orang yang I kenal je tengah makan. Tu berani buat. MAS Territory.. Makan pun jumpa diorang jugak... 


Wordless Wednesday : Wedding Story - Faizal Oh Faizal


Iskh.. Iskh.. Iskh.. bertuah punye photographer.. Tertidur pulak dia.. Penat driving dari KL yer. Ke penat jaga ibu mengandung..?

Tuesday, June 26, 2012

Wedding Story : 26 May 2012, Kami Bersatu

Bersatu dalam erti kata pernikahan. Hari yang telah kami tunggu setelah sekian lama.. Lebih dari setahun kami menanti saat ini.. Mungkin pada pendapat korang, setahun? Kejapnyerr! Itupun nak kecoh..

Tapi bagi kami, setahun tu sangat panjang dan pelbagai dugaan yang sudah ditempuhi..

Terima kasih tak terhingga buat seluruh keluarga. Terima kasih juga buat semua yang mendoakan kami untuk hidup bersama.. Doakan jodoh kami kekal berpanjangan hingga ke syurga. Amin...

Tak nak menulis panjang lebar, hanya gambar je I nak tayang.. =)








Pesanan buat diri:
Kena selalu rajin dan lebih rajin dari biasa.. Don't malas malas.. Heeee.....

Sebulan Sudah Berlalu

Hari ini sebulan selepas 26 Mei 2012. Banyak perubahan. Banyak yang sudah dipelajari. Banyak perkara yang dah berubah.

Kehidupan sebagai seorang isteri yang bekerja. Perlu pandai membahagikan masa untuk suami, kerja dan kawan kawan.

Suami, mestilah dijaga sebaiknya. Tapi masih ada kelemahan jugak yang perlu diperbaiki. Cuma En. Hubby, saya nak berehat kat rumah la untuk sebelun berikutnya ni. Tak larat dah melakukan pelbagai aktiviti. Sejak sebulan sebelum majlis kahwin kita hingga minggu lepas, tak rasa lagi nikmatnya hujung minggu bersantai di rumah. Huhuhuhu...

Kerja, sudah tentu perlu ditunaikan. Walaupun hati ini memberontak untuk lepak bersantai di rumah setiap hari. Tiada apa perbezaan kerja dari sebelum ni. Tetap sama..

Kawan kawan, yang ni susah sikit. Perlu dikurangkan aktiviti bersama. Tapi macam mana? Terlalu banyak aktiviti menarik ni nak dijalankan bersama kawan kawan. En. Hubby , boleh eh? Sekali sekala jer... Hehehe... Please..... :-)

Apapun, setelah sebulan bergelar seorang isteri, kehidupan ni mendidik diri agak lebih banyak bersabar dan bertolak ansur dalam banyak perkara. InsyaAllah.. Semuanya akan terus indah dan ceria sentiasa.. Amin...

Monday, June 25, 2012

Cameron Highland yang Tak Seperti Dulu


Jumaat dan Sabtu lepas sempat la I dan En. Hubby menghabiskan masa di Cameron Highland. Sengaja mengelak dari weekend sebab tak nak terjebak dengan kesesakan di puncak sana. Pergi lalu ikut Tapah balik pulak ikut Simpang Pulai. En. Hubb y yang decide begitu dan dia jugak yang mengeluh jalan Simpang Pulai tu jauh. Bagi I, jalan yang agak selamat itu I pilih. Layan jer.. Dia yang drive.


Sampai je Cameron Highland terus singgah di Cameron Valley. Saje je.. Minum minum teh dah ambil gambar sikit..


Cuma rasa boring sikit la. Of course tak sejuk macam sebelum ni. Tidur malam pun perlu bukak kipas kuat kuat sebab hotel kat sana mana ade aircond.. Dah la sampai untuk check in Equatorial buat hal sikit. Service lemau bukan main. Check in pukul 3.. Tapi pukul 4 petang baru dapat bilik. Reason, bilik belum ready due to house keeping.. Panas je rasa. Dah la call kami cakap kami belum check in then tak nak siapkan bilik. Since 2 petang kami check in siap charge to debit card lagi, boleh cakap kami tak check in. Apa punye system la diorang pakai..

So esoknya, pagi pagi lagi kami check out terus keluar jalan jalan dan decide balik terus. Serius I boring.. Tapi alang alang dah sampai sana, I pergi la jugak BOH Plantation dan petik strawberry kat S'Corner memandangkan takde tempat lain dah yang sesuai nak petik strawberry..






Dah berjaya petik strawberry sikit, tak sikit jugak.. Sekilo tu boleh la.. Campur beli yang dah ready kat kedai jugak. Alang alang petik mengada untuk bergambar jela katakan, then I beli la sedikit sayur sayuran untuk stok minggu ni.. Kami pun balik jela.. Malas nak lama lama kat sana dah. Sebab En. Hubby nak main bola! Sabo jelah.. 

Tapi kan, rasa rasanya, kalau orang ajak ke Cameron Highland lagi, macam dah tak nak pergi je.. Hohoho

Sunday, June 24, 2012

Temetrai Janji Dua Hati - Syedi dan Izzah

16 Jun 2012..
"Farhan, promise mama sayang.. Don't cry.. Please ye Farhan."

Tapi.. Lain yang berlaku.. Sepanjang perjalanan rupanya mama yang mengalirkan air mata. Sewaktu akad pula, Farhan pun nanges jugak. Alamak!

Kami sebagai kawan kawan dan I merangkap Puan PA yang notty, mestilah snap gambar Farhan yang menangis. Siap video lagi ko. Bukti ko menangis di hari pernikahanmu. I like kenakan U waktu waktu begini.

I bersama En. Hubby ke Kuang menghadiri majlis pernikahan. Tapi gambar En. Hubby memang tak wujud dalam entry kali ni. Malas betul dia nak join I bergambar. Makan je tahu. Mengelat punya hubby.. Tapi I dengan Dee banyak la posing dengan perasan single lah pulak.

Manakala majlis besar pulak diadakan di Dewan Komuniti TTDI Damansara pada keesokan hari. I datang dengan ex-housemate dari Sepang. I dan En. Hubby buat different agenda disebabkan terlalu banyak perkara yang perlu kami selesaikan Ahad lepas. Kita kena bahagi sama sama la. Tak nak mengecilkan hati mana mana pihak kan..

Anyway, tak terlambat lagi nak ucap SELAMAT PENGANTIN BARU buat Paan dan Izzah. Semoga kalian kekal hingga ke syurga.. Amin.... CEPAT CEPAT BUAT ANAK TAU! =)

Friday, June 22, 2012

Berakhirnya riwayat Sebiji DELL

Balik dari majlis nikah Mr. PA, I begitu ghairah nak update blog. Sekali nak on laptop, uwaaaaaaaa....=( rosak ke? Screen dia dah takde kuar pape.. Huhuhu... Honestly I tak gemar sangat menggunakan MacBook Pro En. Hubby.

Satu, MacBook dia baru. Takut la nak guna barang orang.

Dua, dia selalu nak guna. Nak buat kerja. Mana boleh guna Macbook dia sekejap sekejap untuk update blog. Blogging memerlukan masa untuk mengeluarkan idea dan blogwalking kat blog korang. Nanti tengah idea duk membuak buak, dia pulak sibuk duk baca, reply email bos, customer, etc~

Tiga, kita selesa menggunakan laptop kita sendiri! Sebab tak risau orang tertunggu tunggu nak guna laptop dia..

Kecewa, sedih dan rasa nak nangis jugak. Tapi depan En. Hubby taknak lak tunjuk semua tu. Dah memang I sendiri bagi izin kat anak anak dia untuk guna laptop I. Pasrah...

Sedang otak berfikir fikir nak menggantikan laptop baru, sama ada beli Macbook Air, netbook dari mane2 brand yang berkenan atau tak beli pape, En. Hubby dah bersuara terlebih dahulu. Sayang, U beli la DELL baru. Senang I nak baca iPromise. Senang jugak nanti nak berurusan dengan Boeing. Diorang tu Window friendly. Tak berapa nak kawan dengan Mac.

Heeee.... En. Hubby berkata sebegitu petang semalam? Petang semalam jugak I beli DELL baru. Tapi pilih yang biasa biasa jela. Tak nak beli yang mahal sangat. Cuma nak guna kat rumah je. Kat luar, still dan akan menggunakan khidmat iPad. So sekarang, sedang menggunakan iPad jela untuk kerja seharian dan tak sabar jugak menunggu laptop DELL baru sayerrrr....

Thank you En. Hubby! Dan I memang berpuas hati dengan DELL yang lama tu. Lebih 6 tahun kami bersama..

Thursday, June 14, 2012

Persediaan Malam Pertama di Embun Seri Beauty & Spa Laman Seri



Semakin dekat dengan tarikh tersebut, semakin banyak persediaan nak kena buat.. Persediaan untuk para tetamu dah ada.. Persediaan untuk bakal suami pun, mesti la ada.. Takkan lah tak ada pulak..


Walaupun dah merayu rayu, first night kita tolonglah bukan kat Terengganu.. Tolonglah berlaku kat negeri lain.. I segan U! Hahahaha... U kena faham.. Please!!!!!


Cukuplah merepek.. Loya korang yang baca kan.... Berbalik kepada tajuk, persediaan malam pertama tu bukan subjek utama. Tapi pengalaman di spa tu nak dijadikan subjek utama dalam entri ni. Ini bukan la kali pertama ke spa. Cuma ke Embun Seri ni dikira first time la..


Bila di interview Dila, consultant kat situ.. Dari mana I dapat info tentang spa ni.. Sebenarnya, I cuma Google spa mana yang terdekat dan mudah untuk I pergi. Laman Seri la yang terdekat dan senang untuk I.. Maklumlah, lembap sikit bila masuk part Shah Alam ni. Padahal dah bertahun dah pusing Shah Alam.. Hihihi...


Kat spa ni, i dah menjalani Bridal Package.. Nak ambil mood seri pengantin la katakan.. Eeiii...uuuuu....... Gediks! Memandangkan ini adalah tajaan sepenuhnya daripada En. Hubby merangkap hadiah birthday tahun ni, I dah menggunakannya dengan pilihan yang bijak. Lalalala....


Sepanjang 5 jam setengah tu, mula mula I bersauna selama 20 minit.. Herbal Sauna.. Bau dia macam Clens Tea jek. Tapi kan, Ya ampuuuuunnnnn... Tak tahan nak tunggu habis. Panas sangat.. Dulu masa kat D'Rimba 3 kali seminggu bersauna. Ok jer... Haihhh....



Kemudian buat full body scrub. Diikuti dengan body massage. Yang ni paling best. Dapat urut satu badan tu.. Dah lama tak pergi body massage.. Dulu selalu buat kat S2 Slimming Kota Damansara sementara melayan kakak buat slimming treatment.. Body massage kat S2 memang superb! Tapi kat Embun Seri pun ok jugak. Sebab amik yang tradisional kan.. Diurut pulak dengan Minyak EmbunSeri Aromaterapi.. Lalok lalok je rasa masa kena urut tu..


Bila tiba part berendam mandi bunga terasa macam puteri pulak.. Ok la berangan.. Bayar mahal mahal tak salah la berangan. Kan? I mandi macam yang dalam gambar ni.. Best!


Second part, selepas manjakan badan, manjakan muka lak dengan Intensive Brightning Facial.. Macam macam jenis benda la disapu kat muka ni. Dila ada bagitau. Tapi tak layan sangat nama nama dia. Serah muka je kat dia. Yang I ingat vitamin C ada.. Hehehe.. Tak senonoh....



Sambil sambil buat facial tu, Dila buat manicure, pedicure jugak... Cantik kuku I ni you... Balik rumah boleh tampal inai terus.. I boleh tampal inai sesuka hati je. Takde majlis berinai pun.. Sempoi punya majlis..

Kemudian, settle dah treatment.. Best sangat rasanya dibelai belai kat spa.. Siap2 je, En. Hubby call tanya kat mana.. Spot check la tu.. Apa lagi, terus mintak dia belanja makan.. Padan muka dia takleh gi main bola..

Owh lupa, semua gambar kat sini I ambik dari Facebook Embun Seri. I tak sempat nak ambik gambar sendiri. Lain kali lah...




Nota kaki: Dah selamat berkahwin dah pun.... Nanti la pergi lagi untuk settlekan voucher yang diberi tu.. 








Wednesday, June 13, 2012

Tuesday, June 12, 2012

Wedding Story: Pengapitku Over!

Over u! Mana tak over... Posing lebih dari pengantin. I pun tak sempat nak posing posing lebih sebab nak kena layan tetamu. Tapi cik adik pengapit kita ni sempat lak nak bergambar sakan..

Sewaktu majlis persandingan I dah mengorder adik comey kesayangan I untuk menjadi pengapit rasmi. Order je terus dapat package buy 1 free 1.. Terus encik boyfie dia menjadi pengapit En. Hubby. Senang kerja I kan.

Cik Pengapit pun dah di make up oleh my MUA atas permintaan Cik Pengapit dari tahun lepas. TIPU.. Tahun lepas belum plan nak kawin lagi.. Hehehe... Tapi memang Cik Pengapit request nak di make up oleh MUA jugak. Layan je..

Anyway, thank you cik adik manis.. Sudi datang jauh jauh melayan karenah kakakmu dengan paksa rela untuk jadi pengapit. Dari Johor ke negeri Terengganu menjadi dayang untuk raja sehari.. I lap u bebeh muah muah muah Cik Nurul...