Saturday, December 29, 2012

Barang Baby Siap!

Setiap kali mak call, dia tanya, baju baby dah beli? Barang baby dah ada? Jawapan dia, senang jer. "Tak beli pape pun lagi..."

Mengikut pengiraan, sekarang I dah menjejaki 30 minggu.. Anythings can happen.. Terbersalin awal ke apa.. Memandangkan kesihatan pun kejap up kejap down, memang patut bersiap la apa yang patut.. Tapi I, satu barang baby pun tak beli.. Mau emak tak risau.. Terus Emak dan Ayah datang KL bila diorang free semata mata nak suruh I shopping barang baby.. Hehehehe...

Kenapa tak beli?
1. Takde masa..weekdays kerja, weekend travel..
2. Bila pergi shopping, I nak beli barang baby, En. Hubby cakap, lambat lagi.. Nanti I dah kat hospital, dia pergi angkut semua benda yang diperlukan kat kedai.. Huhhh... Yang ni I tak mau.. Nanti ayah beli baju yang Mummy tak berkenan! Hahaha... Mummy nak yang murah dan cantik. Bukan yang mahal tapi Mummy tak berkenan.
3. Next, elak conflict.. Shopping dengan En. Hubby adalah waktu 'grab & pay'. Don't think too much.. Ade SALE ke takde SALE. Just pay whatever you want.. Don't think about price.. Owh... Mummy sungguh tidak suka... Mummy pengguna bijak.. Beli barang yang mahal sewaktu SALE. Macam sekarang.. Untung gitu.. Siap ada free gift, ada voucher.. Itu Mummy suka...

yang mana agak agak tak sesuai untuk baby dalam gambar ni, itu cukai yer..


Sekarang, semua orang dah lega.. Tunggu baby je nak keluar. Jangan keluar sekarang yer.. Baby keluar March tau.. Tunggu Tokwan dengan Embah Aki balik Mekah dulu.. Listen to Mummy okay sayang... Jangan nakal nakal yer.. Duduk la kat dalam.. Main basikal dulu.. Tapi jangan mengeras sangat.. Mummy tak boleh bangun nak berjalan nanti.. Senak perut Mummy.. Huhuhu....

Hasil dari kutipan kat AEON Rawang, I bawak balik ini.. Kenapa AEON Rawang? Dekat dengan rumah kakak. Tempat kami berkumpul. Jalan kaki pun boleh.. Kecik pun kecik.. Tak mengah sangat nak berjalan.. Biasa la.. Kenderaan berat...

Dah siap susun atas rak.. Temporary jek.. Basuh pun belum..Rak ini Mummy punya.. Baby punya masuk box je nanti.. Senang nak bawak ke mana mana.. Especially nak angkut bawak balik kampung. Tapi ayah belum belikan.. Ayah... (Take note please......)

Abaikan Avent dibelakang, nanti I cerita..


Baju baby tak perlu banyak banyak lagi sekarang.. Boboy ke Gegirl pun Mummy tak tau.. So nanti kerja ayah tambahkan koleksi baju lepas baby keluar.. Kerja Mummy beli unisex punye baju.. Tapi satu pun takde saiz 0-3 month.. Semua 3 months above.. Biarkan baju itu besar. Baby kecik kecik cukup pakai baju jer.. Nak bedung kan nanti. Bukan nampak pun kalau tak pakai seluar.. Panas pulak tu.. Hahahahaha.. KEJAMNYE MUMMY!!!

Cendol Bakar

Dah lama I bising bising kat En. Hubby dan kengkawan nak makan Cendol Bakar ni.. Bukan susah pun untuk tunaikan.. Tapi En. Hubby je malas nak melayan sangat. Kang makin dilayan makin banyak permintaan mak buyong sorang ni! Kan En. Hubby kan? I tauuu.....

Tadi dah on the way ke Sungai Besar nak ambik Emak dan Ayah, kebetulan masih awal agaknya.. Orang kat kedai Cendol Bakar tak ramai sangat. Geng Motor je. Drive-thru pulak kosong! Ape lagi, paksa la En. Hubby singgah. Saje.. Nak try.. Orang kata sedap sangat. Glemer bebenor...

Sampai di kaunter, blurrr.. Tengok menu...



Tak tau nak beli cendol ape... Alamak!

So, En. Hubby je decide. "Cendol Durian 4!"

Uikss... Banyaknye. Yang nak makan cuma tiga orang je. Dibelinya empat la pulak.. "Apsal beli 4?" Dia jawab, "Kang Najmi nak makan kang..." Yelah.. Najmi tak makan pun benda benda macam ni.. Budak tu tidur pulak tu..

Rupa rupanya, dia punya 2 gelas cendol? Patut laaaaa..... Cakap nak beli untuk anak... Tapi dah tau dah... En. Hubby tu memang suka makan cendol pun.. Lagi bila Cendol Bakar tu cukup manis dan sedap! Memang 2 gelas pun tak cukup...



Ini Cendol Durian dari Cendol bakar... Bagi korang terliur sikit. Rasa durian dia memang mablessss.. Jemput la try kalau dah lalu kat area situ.. Tak rugi tau singgah. Bukan susah pun, drive-thru saje.. Tapi tadi kalau kena beratur panjang, takde maknanya I dapat makan cendol kat situ...





Friday, December 28, 2012

Rezeki Di Pagi Jumaat - Caremel Durian

Semenjak bekerja di KLIA ni mood agak down jugak. Sebab kena travel. Itu je masalah.. Orang orang kat sini okay je. Baik baik je semua.. Cuma hati masih tak suka jugak untuk travel, keluar 6.30 pagi, balik rumah 7.30 malam.. Huh... Memang sedih... Hari hari menangis masa nak pegi kerja kalau En. Hubby yang cium peluk dulu.. Kalau I yang salam cium tangan dia dulu, itu takpe.. I boleh control. Huhuhu... Macam mana bila baby keluar nanti.. Lagi la Mummy nangis nak keluar pergi kerja. Huhuhuhu....

Pagi ni, dengan mood yang masih huru hara, En. Hubby cuti kat rumah, hantar Nazim ke Tahun 1, mula lah I rasa nak balik rumah jugak. Sadiss... Dari pagi duk mencari idea untuk balik awal. Tolong... Nak balik.. Nak baring.. Penat dah duduk je kat atas kerusi.. Perut sakit... Huhhh.... Tak baik mengeluh..

Sebenarnya nak cerita yang I dapat makan Caremel Durian je.. Tapi nak jugak meluahkan perasaan hati kat sini.. Tak kira.. Tak suka, boleh tutup sekarang.. Orang lain duk sibuk makan Crepe Durian, I nak jugak.. Tapi pagi ni dapat lagi special, Bubur Durian+caremel Durian.. Korang ade?????

Thursday, December 27, 2012

Land Slide

Musim hujan di Pantai Timur selalunya memang menjadi penantian buat I.. Best duduk dalam musim hujan... Berkurung kat dalam rumah.. Tengok hujan turun.. Tengok air sungai kat belakang rumah naik hingga atas jalan raya.. Haa... Itu best..

Tapi hujan banjir tahun ni x best! Rumah I dah menjadi mangsa. Bukan banjir.. Tetapi tanah runtuh... Alamak! sadissss... Cuma nasib masih menyebelhi kami.. Rumah tak terkena effect pape.. Tapi risau jugak kalau akan ada lagi runtuhan kecil ke.. Hujan masih lagi turun sekarang.. Jadi ada kemungkinan lagi semua tu..

Ya Allah.. Jauhkanlah segala mala petaka.. Selamatkanlah kami.. Lindungi kami sekeluarga..






Tuesday, December 25, 2012

Cinta Kita

25 Disember,
Colmar Tropicale menjadi saksi
Dua tahun sudah berlalu, tahun seterusnya akan menjelma
Semoga hubungan kita akan terus kekal sampai ke syurga. 

Ya Allah.. Berkati hubungan kami. Limpahi kasih sayang diantara kami, kuatkan cinta kami dan kurniakan kami anak anak yang soleh dan solehah. Amin... 








Friday, December 14, 2012

Fraser Hill Untuk Pertama Kali


Pada mulanya, I dah berberat hati untuk ke Fraser Hill. Memang I yang mencari tempat penginapan dan sebagainya. Tetapi disebabkan terlampau penat travel (non-stop for every weekend since cuti sekolah), I hampir menyuarakan hasrat untuk tak nak ikut. Bila difikir fikirkan semula, I takut kena marah dengan En. Hubby tau. Huhuhu.. Almaklumlah... Percutian kali ni bersama sama family arwah isteri En. Hubby. Diorang yang mengajak ke sana. Itu yang payah tu I nak tolak. Tapi honestly, preggy mommy ni terasa macam nak menangis je sebab nak rest baring lepak kat katil je. Sebab badan dah sakit sakit! 

Sepanjang perjalanan untuk preggy mommy memang suffer.. Tak kira lah pergi mahupun balik. Selekoh, hujan dan tanah runtuh yang terpaksa dilalui tu buat I rasa nak muntah, pening, dan stress.. Yang lagi letih, I terpaksa menahan muntah disepanjang perjalanan.. serik dah berjalan tempat tempat macam tu during pregnant.. huhuhu...

Anyway, i'm happy when makes people happy.. Budak budak of course la happy.. Asalkan dapat berjalan, itu dah terbaik untuk diorang. Dan luckily, I boleh rest dan budak budak ada nenek dan pakcik dan makcik diorang untuk malayan. En. Hubby nak meninggalkan I sorang sorang, mungkin dia kesian kot tengok ada orang tak larat. Tapi mungkin jugak takde apa yang menarik untuk kami di Fraser Hill tu.. Mungkin... 


dan inilah satu satunya gambar yang I snap sepanjang kat sana. Tak suka rambut En. Hubby.. Macam budak sekolah. Huhhhhh.......

Selebihnya, anak anak yang bermain camera dan diorang je bergambar.... 





Abaikan muka orang yang pucat dan gemokss.. Heee....




Thursday, December 13, 2012

Malaysia Airlines Goes Retro, That's Awesome!

the old livery

9M- MXA , 
become....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
like this! 

Retro Livery nama diberi

That's Awesome!

Nasib baik kerja kat Subang.. Kalau kat KLIA mesti dah terkinja kinja nak pegi posing kat kapal ni.. Bila tengok kawan kawan post gambar mereka posing dekat kapal ni, geram jer... I sooooo JEALOUS!!!!!!!

Takpe.. 
tengok jelah gambar orang post. Tengok je gambar diorang posing.. 9M-MXA memang mengembalikan nostalgia la.. Cantik! 

Hemoglobin dan Nescafe


Nescafe, 
akan menurunkan kadar Hemoglobin di dalam darah. Masa pergi check up last month, nurse bising bising HB I lower than 11. Sebelum tu cantik je bacaan. Yela.. Supplement cukup.. Tak buat onar.. Hehehe.. 

Last month, boleh pulak terbuat onar.. Mau tak buat onar. Hari hari I tolong bancuhkan Nescafe untuk En. Hubby. Lepas tu teringin sangat nak minum jugak. Bayangkan aroma yang... urmmmpphhh... Haihhh.. Tergugat iman.. Itu yang bancuh jugak secawan untuk diri sendiri. Kemudian, bukan sekali dua je I minum.. Almost everyday. Stop je bila teringat lagi dua tiga hari nak pergi klinik. Alamak! Mati kau...

Rupa rupanya betul.. Sampai klinik, dah siap buat segala test, bacaan HB 10.6!!! terus bila masuk jumpa nurse kena bebel bebel, dia keluarkan sekeping nota baca segala keburukan kekurangan HB dan I, diaaammmmmm jerrrrrrrr.... dalam hati, padan muka kau! padan muka kau! kena marah.. Sape suruh minum  Nescafe tak ingat dunia. Hikhikhik....




APA KEPENTINGAN HEMOGLOBIN SEMASA HAMIL?
Ia penting untuk perkembangan bayi mengikut jangkamasa kandungan.

1. Kandungan Kurang dari 5 Bulan (kurang 20 minggu)
Pada masa ini, bayi sedang melalui proses organogenesis iaitu pembentukan organ organ seperti kepala, tangan, kaki, otak dan anggota anggota lain. Jika darah kurang pekat (kurang daripada 11g/dl), jantung tidak akan terbentuk dengan sempurna dan bayi boleh gugur. Jika jantung dapat dibentuk tetapi darah terlalu cair, mungkin bayi akan hidup tetapi mengalami kecacatan. Contohnya, kaki dan tangan kemungkinan tidak terbentuk sempurna. Jika bayi tersebut sempurna sifat tetapi darah cair akan melambatkan pembentukan otak bayi. Mungkin bayi akan Selamat tetapi kurang pandai.

2. Kandungan 5 bulan ke 7 bulan ( 20 hingga 28 minggu)
Ketika ini bayi kita telah sempurna pembentukan sifat dan anggota badan. Tetapi jika Hb terlalu kurang, jantung bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya bayi boleh mati di dalam kandungan. 

3. Kandungan 7 Bulan Ke Atas (28 hingga 40 minggu) 
Sifat bayi telah sempurna dalam usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung kepada kepekatan darah (Hb). Jika Hb terlalu rendah/cair (kurang daripada 9g/dl), jantung bayi tidak akan kuat dan berisiko untuk bayi mati di dalam kandungan. Jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain dapat sedikit, saiz bayi akan lebih kecil tetapi mungkin Selamat dilahirkan.

Itu semua masalah untuk bayi...bagaimana pula kesannya pada ibu??

Jika Hb kurang, ibu akan cepat berasa letih, kadang2 akan mengalami sesak nafas, pening pening dan rasa nak pitam, jantung bergerak laju atau rasa berdebar debar (palpitation).
Jika semasa mengandung atau semasa bersalin ada kehilangan darah, darah akan bertambah cair dan ini boleh membawa kepada kerosakan jantung, paru paru, buah pinggang dan boleh membawa maut.


APAKAH CARA TERBAIK UNTUK MENINGKATKAN PARAS HEMOGLOBIN DLM DARAH?

Tips 1 :
  • Makan hati ayam setiap hari samada goreng atau masak mengikut kesukaan
Tips 2 :
  • Makan makanan laut, kerang, ikan bilis- boleh juga tetapi tidak secepat makan hati ayam untuk naikkan Hb
Tips 3 :
  • Makan pil/vitamin tambah darah(yangg doktor selalu bagi tu) mengikut ape yg ditetapkan..perlu makan hari2...kenapa? sebab Hb akan bertambah 1g/dl jika kita makan vitamin selama 10-14 hari secara berterusan..
Tips 4 :
  • Jangan makan pil tambah darah dengan air susu (eg. teh susu, kopi susu etc) kerana ia akan mengurangkan penyerapan vitamin tersebut...(nanti penat2 jer kt makan tp rupanya tak diserap dgn baik, Hb pun tak naik)


Pesanan untuk semua ibu ibu mengandung, rajin rajin lah minum susu dan ambil segala supplement yang disarankan doktor. Semoga nanti kita tak mempunyai banyak masalah disepanjang tempoh kehamilan...






Monday, December 10, 2012

Selasa Cuti okay!

Thru BBM

Me: Assalamualaikum.. Kak Mie ada kat mana?

Kakakku: Waalaikumsalam.. Kg. baru. Kenapa? Nak datang rumah ke?

Me: Tak.. Tanya je.. Cakap haritu nak datang rumah saya.

Kakakku: Aah la.. Nak potong kaki seluar sekolah Wafiy. Hari Selasa la. Kerja x?

Me: Kerja.. (Confident!)

Kakakku: Selangor cuti.. KL kerja.. So, ingat bolehlah pergi Selasa nanti..

Me: Cuti?????? Cuti apa?

Kakakku: Sultan's Birthday la..

Me: Owh... Really? Tak tau... Saya tak kerja la macam tu..


Then, blalalalalalala... Panjang lagi conversation...

Tetiba, pandang En. Hubby kat sebelah.. Abang, Selasa ni kita cuti la.. Dia boleh je jawab, cuti apa yang? Ermm... Sultan Selangor birthday kot. Kak mie cakap! Hahaha... Serius terasa macam looser sekejap.. Tak sedar pun ada PH esok..

Haihhh.... Inilah kehidupan I bila under 'probition period'.. Dah set in mind, takde cuti sepanjang cuti sekolah. Sampai PH pun tak sedar.. Mungkin sebab busy bekerja jugak kot. Tak fikir sangat cuti, tahu jer projek must be done! Sabo jelah....

Anyway, selamat bercuti kepada semua warga Selangor.. Maap lah... Saya orang Terengganu.. Kurang nak alert sikit bila birthday sultan.. Saya cuma ingat Birthday Sultan Mizan jer.... Huhuhu... Ampunnnnnnnnnn....

Wednesday, November 28, 2012

Wafiy - Holiday di Kuala Terengganu Specialist

Phone Conversation

Chu : Fiy, macam mana pagi ni?

Wafiy: Ok je.. Tak sakit dah.. Wafiy hebat.. Superman.. Mana sakit dah...

Chu : Superman yer?

Wafiy : yerr.... Jawapan malas layan dah...

Fine!

Dia taknak layan call Achu! Mesti dia dah stress orang tanya dia macam macam... Sembang sembang dengan kakak, rupanya abang dah balik KL malam tadi. Orang kat ofis dah cari. Yelah.. Sepatutnya dia bukan balik bercuti pun. Just hantar kakak dan anak anak balik kampung. Sekali jadi macam ni, 2 kali tiket bas kena cancel.. Takpelah.. Jumaat nanti balik semula ke Kuala Terengganu..

Kesian kat kakak I la.. Balik nak bercuti kat kampung.. Sekali bercuti kat hospital kat kampung da.. Sadissss....



Petang ni pulak doktor nak cuci cuci kaki dia.. Tak sempat call nak tau update, tapi dah baca kat FB, kaki dah nampak tanda tanda infection.. Adoi.. Ingatkan dah boleh discarge. Sekali kena stay la.. Lambat sangat buat operation hari tu.. Tengah hari kena, tengah malam baru buat operation. Kesian dia.. Itupun dah lari dari GH ke KTS. Bayangkan, sebesar GH Kuala Terengganu, hanya 2 operation room boleh guna. Yang lain semua under maintenance. Itupun priority to case basis.. Minor case mestila campak ke belakang. Kesian la orang orang kat Terengganu tu..

Anyway sayang, jangan mengamuk nak makan ubat lagi tau macam malam tadi.. Chu doakan Wafiy cepat sembuh dan cepat keluar hospital tau..

Set Bersalin Mana Menjadi Pilihan?

Hari ni dah masuk 25 minggu. Persiapan untuk menyambut kehadiran orang baru masih zero.. Kosong.. Belum beli apa apa lagi. Tak tau la nak beli apa. Beli awal awal nanti kang menyemak je. Tengok la macam mana.. Keperluan baby tunggu dekat dekat due la.. Keperluan mummy jek yang nak kena survey survey dulu. Mummy nak kena lebih sikit la.

Target utama? Mesti la kuruskan badan. Sekarang ni dah menghampiri 70 kg dah ni. Dah tak nak tengok badan sendiri di cermin okay! gemoks nyer!!! honestly I tak boleh menerima kenyataan. Dah la bila tengok En. Hubby tu slim je.. Sakit hati I tau! Tapi takpe.. Fikir apa yang positif je. Orang mengandung memang macam ni.....

Oleh itu, tak boleh la nak happy sangat. Nanti selepas bersalin mestilah work out. BACK TO IDEAL WEIGHT! jangan culas, jangan main main.. Set bersalin pun mesti lah yang bagus jugak.. Dah survey macam macam yang orang jual dipasaran. Mesti cari yang boleh memberikan kebaikan luaran dan dalaman. Dan yang paling penting, tak memberi kesan kepada baby. I dah plan untuk fully breastfeeding untuk baby I. So apa yang I makan perlu diambil berat la. Yang penting, tak mengandungi jamu la. Dah la I pun memang bukan jenis yang consistent makan ubat. Macam mana tu?

Setakat hari ni, I dah target 1 set bersalin tu.. I dah baca jugak review pengguna dan tengok segala ingredient yang digunakan. Macam dah jatuh hati. En. Hubby? "it's up to you sayang. I just pay whatever you buy." Wah!!! Senyum sampai telinga kot. Tapi cover cover.. hehehehe

yang ni akan menjadi pilihan saya..:-) 


Confinement lady? Tak payah kot.. Mak macam suruh balik kampung.. Lalalalalalalala

Tuesday, November 27, 2012

Durian dan Wanita Mengandung



Ramai orang berpesan, jangan makan durian ketika mengandung! Jangan makan.. Jangan makan.. Jangan makan!!!!


Apa kesan durian pada wanita mengandung? I sangat tak puas hati bila orang ramai tak benarkan memakan durian ketika mengandung. Stress tau bila orng tak benarkan makan durian!

Lagi stress bila kat rumah tengah musim durian pulak tu. hari hari durian gugur dan semua sedap sedap. Fresh! Tapi, hantu durian macam I ni selamba je makan durian.. Lagi lagi, bila sampai rumah emak Jumaat lepas, ayah terus suruh En. Hubby kopekkan durian untuk I! Happy nyer... Senyum lebarrrrr! Dapat makan durian la katakan.. Ayah bagi sebiji, dan cakap, ' makan yang ni.. Tak makan yang lain pun takpe. Takkan menyesal..kalau dapat yang lain pun, orang tak bagi makan pun takpe dah.'

Dalam hati, gelak jahat.. Depan mata ada durian, mak ayah yang kasi makan, En. Hubby yang kopekkan.. Perfect! Ibu mengandung tukang makan. Puas hati.. Takde siapa pun yang marah I nak makan durian sekarang.

Rasanya En. Hubby tak tahu sangat kot yang I ni penggemar durian extreme.. Kalau tak mengandung, sebakul durian tu boleh hadap sorang sorang jer.. Nasib baik mengandung.. I ambik sebiji dan share dengan dia.. Masih lagi beringat..

Tapi, I perasan En. Hubby ade trick dia sendiri tak nak kasi I makan banyak banyak. Dia kopekkan dan dia makan laju laju supaya I dapat makan sikit je.. Tapi yang menjadi kekalahan I kali ni, part KUCING TIDUR! Dah dia yang kopekkan, bila bahagian 'kucing tidur' tu terus dia ambik kat dia.. Terus dia ngap! Tak bagi chance langsung untuk I! tau la I tak larat nak kopek sendiri.. U ambik kesempatan eh... Takpeee........ I sabar.. Kerana sayang, I sanggup mengalah..

Walau bagaimanapun, ingatlah wahai wanita mengandung sekalian. Jangan makan durian terlalu banyak.. Kepada wanita mengandung yang mempunyai masalah diwaktu kehamilan, jangan cuba makan durian terlalu banyak.. Bahaya!

Setakat hari ni, masih tak terdapat mana mana kajian saintifik yang membuktikan durian membahayakaan kesihatan wanita mengandung.. Tapi haruslah ingat, kandungan gula dan karbohidrat adalah tinggi dalam buah durian.. Kira kira 60 kalori terdapat pada 2 ulas durian yang bersaiz sederhana. Jadi, kepada sesiapa yang mempunyai diabetis atau darah tinggi semasa hamil, amatlah digalakkan supaya mengurangkan pengambilan durian..

Kang kalau tak bagi makan kang, merajuk.. Orang mengidam la katakan.. Bila makan kang, pegi jumpa doktor, ade pulak bacaan terlebih kang... Susah je nak tahan telinga kena bebel.. Lagi lagi yang pergi check up kat government.. Strict gilossss....

Tapi orang macam I ni macam mana nak tahan dari makan durian? Kalau dah tengok kat pokok durian ni macam ni???????



Bila Berdua

Cuti sekolah.. 
Excited jugak menunggu cuti sekolah ni. Waktu untuk spend time berdua. Yelah.. Sejak kawin, mana pernah tinggal berdua je. Sepanjang masa bersama anak anak. Itulah pengorbanan yang paling perlu ada dalam hidup I. Jalan dah dipilih.. Jangan pandang belakang.. Lalui dengan kesabaran dan keazaman yang tinggi.. 

Tinggal berdua memang seronok. Tapi ada la nanti part tak senonoh.. Makan ala kadar je kalau dah berdua ni. Nak makan makanan sedap, keluar je pergi kedai. Lagipun 'checklist' ibu mengandung dah panjang sangat. Macam macam yang dimintak. Letih jugak kan En. Hubby nak melayan? 

Bila dah nama ibu mengandung, makanan la yang menjadi topik utama bila celik mata. Yelahh... Lapar dia tu tak boleh blah.. Celik mata terus rasa lapar! Mana la En. Hubby tak pening nak layan. Takkan pagi pagi buta dia nak kena keluar pergi kedai cari breakfast? Susah tu.. Nak makan berdua je.. Akhirnya, selongkar jela apa yang ada.. Kita masak apa yang boleh. Bukan susah untuk campak campak.. 






Tadaaaaa!!!!

Cucur bilis yang tak cantik tapi sedap menjadi hasil.. Erk! Sedap ke? Sedap kot.. Habis jek En. Hubby makan. Hehehe... 

Ini la jadinya bila tinggal berdua. Tapi seronok...

Menunggu Hujan

Hujan... Memang tak boleh dipisahkan dimusim musim macam ni.. Banjir pun di merata tempat.. Takziah diucapkan kepada semua mangsa banjir. Walaupun I tak pernah mengalami situasi macam tu, tapi I tahu susahnya bila berhadapan dengan banjir. Banyak barang yang rosak.. Sedih.... 

Cuma, I bukan nak bercakap pasal banjir.. Tetapi HUJAN.. 

Bila hujan turun tiba tiba dengan lebat, I dan En. Hubby Stuck nak pergi ke kereta. Kami dekat SACC Mall dan kami nak balik rumah. Nak berjalan I dah tak larat. Akhirnya, En. Hubby buat keputusan lepak di Nando's.. Tak senonoh.. Padahal kami baru je makan sebelum ke SACC Mall.. 

En. Hubby!!!! 

Susah kalau dah jumpa makanan febret dia ni.. Mau tak febret. Duk kat US pun mengidam nak Nando's.. First thing yang nak dibuat apabila menjejak kaki ke Malaysia.. Makan Nando's.. Iskh.. Iskh.. Iskh...






Licin...

Wafiy =(

26 November 2012,
Kuala Terengganu.






Kenangan pahit untuk budak kesayangan ni.. Kaki dah tersepit pada paddle bicycle trainer dekat rumah kawan family..

Wafiy, Chu menangis bila dapat tahu berita ni. Dah la jiwa tengah sensitif. Orang lain bercuti, Chu kena bekerja. Tup tup.. Jadi pulak kejadian macam ni.. Huhuhu...

Get well soon my dear.. Jangan mengamuk nak balik je tau kat hospital tu.. I love you.... Nanti Wafiy balik KL Chu mesti pergi rumah Wafiy..










Monday, November 26, 2012

Tak mari

Menung... Lama........

Blur..... Sangat!

Kosong.. Fikiran...




So, blog pun dah lama takde entry baru.. Huhuhu.. Sedih dengan blog sendiri.. Anyway, my baby kt tummy da above 6 month old.. Kejapnye.. Tak prepare pape pun lagi.. Tak tau nak beli ape.. Hihihi...

Susah kalau ade mummy perangai suka cari last minute ni. Semuanya pun rasa awal lagi nak di beli.. Ampun ye sayang.. Mummy compius lagi.. Boboi ke gigirl kat dalam ni.. Tu tak bersemangat tu nak shopping.. Kalau tau, senang mummy prepare.. Sayang la yang suka sangat menyorok masa doktor nak scan....

Ayah?
Hurmmmm... Lagi letih nak layan dia. Bila tanya dia pasal preparation, dia cakap, up to mummy punye disicion.. Haihhh... Apodah... Mummy kena bergerak ni... Harapkan ayah... Sayang dah keluar nanti baru ayah beli apa yang ayah rasa perlu.. Tak boleh.. Tak boleh... Pening mummy satgi.. Ayah nanti dia sauk je apa yang dia nampak depan mata. Nak kena buat checklist ni...

Sunday, October 14, 2012

Terlepas!

Terlepas... Itu yang paling tepat dikatakan untuk diri sendiri. Keluar bersama cik adik Nurul tanpa dirancang dan tujuan pun tak berapa nak pasti. Asalnya takut jugak nak mintak keizinan. Al maklumlah tak pernah pun keluar weekend dengan insan lain melainkan En. Hubby atau kakakku. Kalau keluar weekdays tu ada la.. 

Alang alang En. Hubby memberi peluang untuk keluar dengan cik adik, terus melompat cium cium thank you untuk dia.. Opss! tak melompat sangat la. Mana boleh melompat lompat. Kang baby marah kang kat dalam perut. Huhuhu.. 

Plan asal cik adik ajak keluar sebab nak ke Solaris Dutamas. Kalau diikutkan I memang lupa langsung tentang event ChurpChurp tu. Tapi cik adik la, nak sangat jumpa Maria Elena. Ok.. Boleh je.. I tak kisah memandangkan En. Hubby dah bgi kebenaran keluar.


Sampai sampai, register kat event, dapat la goodies bag. Patutnya, ada lagi aktiviti lain untuk lucky draw. Tapi tak berminatlah nak join. I tengah dalam mood shopping ni!!! 


Ini, isi dalam bag.. 

voucher! 
beserta Bcard.. 
kupon dalam Bcard tu banyak yang menarik.. Mungkin akan digunakan dengan jayanya!

Then, 
ini pun ada kat dalam goodies bag. 

En. Hubby cakap, 
Tak Perlu! 
hihihi


Pusing sekejap di Solaris, I terus mintak cik adik bawak I ke Berjaya Time Square. Mintak je nak kemana. Cik adik tolong drive je. Alhamdulillah.. Happy.. Maklumlah drive sekejap pun dah sakit belakang.. Tu malas tu nak pergi mana mana sendiri. I memang target nak shopping. Walau macam mana sekalipun, I mesti balik dengan hasil tangkapan di Time Square. Hahahaha... 

So, less than 3 hours, I dapat beberapa barang. 




tshirt tu bukan dari BTS ;-)

Hasilnya!!! 
Sangat puas hati. Sebab, kalau pergi shopping dengan En. Hubby, memang takkan dapat semua ni.. Sebab dia malas nak jalan. Hohoho.. 

Thank you En. Hubby lepaskan I keluar sampai 10 malam.. Nanti lain kali lepaskan lagi yer.. Lalalalalalalala.............

Tuesday, October 09, 2012

Hati ini

Tak mampu berkata
Kepala terasa berat
Terlalu sedih
Pedih
Hati menangis

Ya Allah
Kuatkan hati ini
Tabahkan aku
Ceriakan aku yang kecewa

Anganku musnah!

Sunday, October 07, 2012

#Mengidam - A&W Ice Cream Waffle

Waffle lain takde pun teringin. A&W jugak yang diminta minta.. Double scoops ice cream... Waffle lembut dimakan panas panas.. Ermmm... Fuhhhh.. Meleleh air liur...

Memandangkan hari hari menggunakan Faderal Highway, so bukan satu masalah besar untuk En. Hubby drop by di A&W dekat Tol Batu 3, Shah Alam melayan Cik Puan yang mintak macam macam.. Asalkan hari tersebut dia tidak terlepas nak beriadah di padang bola..

Anyway, thank you my love.. Thank you and I LOVE U.... I lap peluh u.. :-p

En. Hubby


Mengenalinya cuma seperti satu kebetulan.. Dan tak sangka.. Kebetulan itu kami begini sekarang.. Begini? Ikatan perkahwinan kami.. 




Cerita kami,

Mula mengenali En. Hubby sewaktu praktikal. Sebelum itu, kenal cuma dengan nama.. Dan tak pernah hirau langsung untuk mengenalinya lebih dekat.. Siapa sangka.. Jodoh pertemuan, ajal dan maut di tangan Allah SWT. Cara En. Hubby nak dekat dengan I pulak, macam nak gelak pun ada.. Lucu bila diingatkan semula.. Hanya kawan kawan satu team yang tahu cerita ni kan? Dah tersenyum sorang sorang dah bila ingat semula..


Latar belakang En. Hubby.. Seorang engineer di syarikat penerbangan.. Dulu En. Hubby pernah berkahwin dan dikurniakan 4 cahaya mata.. Pertengahan tahun 2009, isteri En. Hubby meninggal setelah menderita kanser payudara..



Kami pulak mula mula kenal dalam bulan awal tahun 2010 macam tu kot.. Waktu attach ke line yang dia jaga.. Hari hari kena dengar dia briefing.. Hari hari jugak la I buat muka dengan dia.. Tapi dia tetap juga nak tengok.. Sampai sorang pakcik tu hari hari cakap kat I, "kenapa Wankay pandang kat sini yer?".. My answer is, "ENTAH!" hahaha.. Pakcik.. Sorry tipu pakcik.. Saya tahu kenapa dia suka pandang ke arah kita.. Sebab dia nak tackle saya.. Hohoho.. Perasan!



Tapi kami lost contact jugak sekejap.. Sebab I cakap I ada boyfriend waktu tu.. Boyfriend ke masa tu? Boyfriend la.. Bukan special.. En. Hubby pun bawak haluan sendiri jugak kan?? ;-)



Sehinggalah Ramadhan tahun 2010 tu muncul.. Ramadhan jugak la kami mula bertukar tukar cerita.. Hati ni takde niat untuk memberi peluang pun okay.. Tetapi beberapa bulan lepas tu, dapat alamat, dapat petanda dan istikharah memujuk hati ni menerima En. Hubby.. Alhamdulillah.. Sekarang kami bersama.. Bahagia..



Tentangan?

of course ada..


Kutukan?

Bercakap belakang?
banyak.. Sampai tak larat dengar.. Especially 'Anisah nak kikis harta!'
Wow!!


Terima kasih kawan kawan yang sentiasa di sisi.. Yang memberi kekuatan untuk biarkan segala kata kata negatif tu pergi seperti angin..



Semoga perkahwinan kami bahagia hingga ke akhir hayat... Amin...