Thursday, February 05, 2015

Kesan Penggunaan Implanon

Hari tu, saya ada menceritakan pengalaman dan kos yang saya keluarkan untuk menggunakan Implanon. Kali ni, saya akan kongsikan kesan penggunaan implanon ke atas saya.

Kalau duk Google, ramai orang mencari kesan penggunaan Implanon. Jujurnya, setiap perempuan yang memilih Implanon sebagai kaedah merancang keluarga akan mengalami kesan yang berbeza beza.

Saya sendiri juga banyak mencari maklumat tentang kesan penggunaan Implanon terhadap wanita. Eh... Ada ke lelaki yang nak pakai implanon? Lol..

Kalau diluar negara, memang banyak blog dan forum yang membincangkan kesan yang dialami mereka. Ada yang tidak mendapat haid langsung sepanjang menggunakan implanon, ada yang mengalami tempoh haid yang panjang sehingga lebih 3 minggu. Hingga ada diantara pengguna implanon menulis 'implanon is the best family planning sebab takde chance untuk melakukan s*** sebab haid tak berhenti henti.'

Scary jugak sebenarnya baca penulisan diorang kat luar negara. Bengang kot. Bayar mahal tapi memberi kesan lain.. Eh.. Tapi kalau nak pasang implanon kat UK free je rasanya.. Kat Malaysia je berbayar dan LPPKN je murah. RM500. Tapi takut tak takut, waktu baca kesan implanon tu, saya dah siap pasang implanon dan sudah mengalami masalah! Sehingga ada 1 masa yang rasa sedih sebab kesian kat husband, rasa nak bukak semula implanon.

Dicongak congak dan merenung balik masa depan dan kos, saya dah habiskan RM500, takkan lepas sebulan setengah saya nak keluarkan balik susuk tak nak anak ni kat klinik dengan kos RM100. Tu kos kat LPPKN yer nak bukak cas RM100. Klinik swasta mungkin lebih mahal.

teruja bila sampai ke LPPKN Putrajaya, tempat saya follow up sekarang. 

Apa kesan yang saya alami?

Sebenarnya saya memasang implanon selepas 6 hari keguguran. Owh.. saya takde cerita kat mana mana dan its so long story. Unexpected pregnancy. Tu cerita mudah.

Saya takut hal macam ni berulang, jadi taknak tangguh lagi dah pasang implanon. Terus je pasang. Waktu tu darah mestilah ada lagi. Syarat penting ye nak pasang implanon. Mesti masa berdarah. Ayat... Tak boleh blah!

Cuma yang tak bestnya, darah tak berhenti sampai sudah walapun dah lebih 40 hari. Sepatutnya, orang gugur biasa 14 or 15 hari kering lah darah. Tapi saya dah lebih daripada darah bersalin dulu.. Almost 2 bulan dah pasang implanon darah tak berhenti macam hari ke 2 ke 3 period. Means banyaklah!! Seriously kesian kat husband. Diri sendiri ok je..

Fikir fikir sampai stress jugak, saya decide, saya perlu mencari ubat untuk menggantikan hormon yang dah hilang akibat implanon. So, decide pergi Klinik Razana di Seksyen 13 Shah Alam since dah pernah ikut husband pergi situ. Nak bercerita tak segan sangat dengan Doktor Razana.

Alhamdulillah, selepas consultation dengan Razana, dia bagi pil hormon untuk hentikan darah akibat kesan penggunaan implanon. Syukur sangat sangat, ubat tu berkesan. Darah yang superb banyak tu boleh berhenti selepas 4 hari mengambil ubat yang Dr. Razana suggest. Now?! I am happy. Heee...

Nasihat? Depends kat orang lah. tengok kewangan kita sendiri. Sebab family planning pun mempunyai kos jugak. Buatlah pilihan bijak.. Heee..



2 comments:

Suezanmia said...

apa nama pil hormon yang DR. Razana bagi untuk hentikan darah akibat kesan penggunaan implanon tu anisah?...

Norermylia said...

Apa name ubat tu sis?