Monday, July 14, 2014

44 days : Belajar botol

First try, 
Ko reject dik?

Jangan pandai pandai taknak minum susu dalam botol. Mummy nak pergi kerja.. Kalau mummy tak kerja takpe.. Tapi tak boleh. Mummy kena pergi kerja. Cari duit untuk beli keperluan adik ngan abang...


Lagipun, 
Duduk rumah lama lama, boleh sakit kepala jugak mummy. 
STRESS

Saturday, July 12, 2014

Mane?

Haaaa.. Buat ape tu?

Ucat..ucat..

Takde..adik Alyah sorok.. Jangan main..

Haaa... Ni!!!!


Ragam si abang baby..semua orang punye pusat pun dia nak cari. .

Friday, July 11, 2014

Mummy Terasa

Sejak ade Adik Baby ni Mummy rasa Adam Isyraf Mummy dah tak happy macam dulu.. Hari hari nak buat orang marah je. Tak senyum macam dulu jugak.

Bila mummy tengok semula gambar gambar kita berdua, ceria Adam lain. Sekarang ni hari hari mintak orang marah Adam Isyraf kan. Kesian anak Mummy..

Mummy tahu sayang jealous dengan adik Alyah Insyirah. Abang Adam Isyraf dah jadi abang di usia 1 tahun 3 bulan. Jangan risau.. kasih sayang Mummy tetap sama. Rezeki yang Allah bagi tu dah yang terbaik..

Tuesday, July 08, 2014

Obses Cantik

Tak tahu kenapa dengan ai sekarang ni. Memang sangat obses untuk kurus dan nak kulit cantik. Mungkin dah ada 2 anak hingga rasa diri tak terurus dan comot giler. Rasa out dated, rasa down dan stress.

Bila tengok diri kat cermin pun rasa macam #$@+!*+@$#*&^$!""
Serius buruk!!

Siap lah.. esok lusa nak clearkan segala baju dalam wardrobe, nak mulakan segalanya baru. Tak kira. Ada anak bukan bererti akan menjadi selekeh dan ala kadar. Bukan... its not so me!
Sebagai permulaan, I nak naturally cantik. Bukan muka je cantik tapi gemuk menggelebeh sana sini. So dah start dengan senjata utama. Iaitu supplement yang bagus untuk kejelitaan diri. Bukan nak promote pun kat korang. Tapi nak luahkan perasaan kat sini. Sebab ai dah sangat sangat stress dengan banyak benda.


DIET. Yes.. I'm on diet. Lakukan misi 20 kg. Tapi 20 kg belum cukup untuk back to my shape. Yelah.. anak first and second setahun satu. Tak sempat pun nk kurus masa tu. Just after deliver, ai timbang kat hospital 76.8kg, now after 44 days baru 67kg. Banyak lagi nak kena usaha. Lagipun dah nak raya ni.. Haruslah cantik jelita bergaya.. 
Tak pe.. cukup merepek.. kita usaha dan terus berusaha untuk kembali ke zaman awal 20an. Heee...


Saturday, July 05, 2014

Kisah MySale ku dan Hadiah Birthday dan Anniversary Encik Suami

Sekejap aku patah hati dengan MYSALE. Siap berkeputusan tak mau dah shopping dengan Mysale. Merajuk. Sedih. Patah hati. 

Dah la belikan hadiah untuk En. Hubby sempena birthday dan anniversary. Jangan bising.. Ai beli hadiah untuk En. Hubby ikut online je. Waktu tu mak pregnant. Tak larat nak ukur shopping mall nak mencari hadiah yang sesuai.

Sebagai online shopper tegar, so gagahkan jugak shopping hadiah untuk En. Hubby ikut online since nak mengukur shopping mall memang takkan la.. Dengan macam macam masalah waktu pregnant, memang keluar berjalan just untuk hal penting ajelah.. 

Tetapi bermula pulak episod sedih dengan Mysale. Website online shopping yang femes abad ini. Barang yang dijanjikan akan sampai seperti hari dijanjikan tak sampai. Okay.. Tunggu dulu hingga seminggu after due date barang tu sampai. Tapi tak sampai jugak.. Haru biru jugak.. Bukan murah apa yang dibeli. Beratus ratus la jugak. Bila seminggu still tak sampai, hati dah gundah.. Haih... 

Company barang ni tipu ke? Takkan la kan.. Klau penipu, berani pulak dia jual kat Mysale. Sedapkan hati dan pujuk hati untuk bertenang. As online shopper tegar, dah biasa dengan kes macam ni. Dulu kes Amazon.Com pun bole chill je even barang tak tahu masa depan. 

Berpegang pada jika ia rezeki ku, pasti akan menjadi milikku, dah lebih 2 minggu daripada estimate delivery date still takde kabar berita, try la contact Mysale. Yang sedih pulak, almost seminggu barulah pihak Mysale bagi feedback. Unfortunately, tak tahu masalah dari apps ape, mesej yang Mysale reply tak muncul pulak. Haih.. Tak tahu macam mana nak buat. Bukak dr ipad tak dapat, laptop, pc, chrome, safari, mozilla, semua mesej takmau keluar. Rasa nak nanges jugak.

Tiba tiba, muncul la idea, download apps Mysale dari Apps Store. Alhamdullillah.. Kali ni baru la berhasil. Barulah mesej muncul di account. Bila dah baca feedback dari pihak Mysale, baru rasa lega sikit. Tapi tak lega sangat. Sebab barang sangkut dekat kastam. Dan tak tahu bila estimate date akan sampai ke rumah.

Ayyok.... Ini hadiah untuk En. Asben. Kalau barang sendiri takde lah sedih dan risau sangat. Ini hadiah anniversary yang lambat. Sadisss... 

But now, tunggu punya tunggu, semalam baru sampai. Sebulan lambat dari estimate date yang asal. Takpelah.. Hal hal kastam bukan boleh buat apa pun. Lambat giler hadiah sampai. Sorry yer En. Asben. Harap harap suka la dengan hadiah tak seberapa ni yer.. Last year dapat mercurial, this year takmau lah bagi mercurial lagi. Kang tak balik rumah main bola. 

Padahal dia tak tahu pun wife dia belikan hadiah. Sebab dari awal dah inform, takde hadiah untuk tahun ni. Hehehe.. Tipu sunat.. Tambah pulak jadi kes macam ni. Nasib baik tak bagitau awal awal. Kang bising dia barang tak sampai wife dia shopping online. Heeee.....