Friday, September 28, 2012

Kicap Oh Kicap!

Kicap botol merah ni la yang harga dia RM7.99


En. Hubby: Sayang, mahalnye kicap sekarang. RM8...
I: Eh..? I ingat dulu kicap harga dia RM2.40 je..
En. Hubby: Ni.... Cuba U tengok kat botol ni..
I: (tetiba) Abang! U boleh save RM8 for me...
En. Hubby: Hah?
I: Yela.. I kan tak boleh makan kicap sekarang.. So U can save RM8 for me.. I kan tak boleh makan kicap...
En. Hubby: Yelah... :-p

En. Hubby mesti cakap dalam hati... Layannnnnnn.....

Tapi U mesti boring kan, macam macam yang I tak makan.. Udang I tak makan, sayur tak makan, telur tak makan... Apa lagi ye? Nanti I fikir..

Sampai semalam En. Hubby cakap kat I, jangan U makan nasi dengan ikan kering saje dah la.. Sedih dia nanti nak tengok.. Tapi hakikatnya... Memang ikan kering dan ikan ikan segar je yang I makan sekarang...

Kicap????????
Muntah je semula makanan kalau ade sumber kicap. Hohoho


Thursday, September 27, 2012

Very Late Lunch - Bondi

Erk... Bondi? Ape tu? Seriously I tak tahu dan tak pernah dengar.. Kat Nilai? Erk... Kompius jap.. Then, my friend explain bla..bla..bla... Owh... Paham...

Kedai makan rupenya BONDI ni.. Lokasi terletak berhampiran INTI College kat Nilai. Menu yang ada pulak mostly ala ala Indon gitu.. Mana la den tahu.. Dah lama dah pindah dari Sepang tu.. Ceh.. Lama la sangat kan...

Recomended menu kat Bondi ialah Bebek Bakar dan Ayam Bakar.. My friend cakap sedap.. Tapi, BEBEK? Apakah?

Owh... Itik rupenye... Sengal jugak yer.. Tak tau bebek tu apa. Hehehehe.. Tapi tadi I cuma pilih Nasi Goreng Ayam Penyet je. Tak makan bebek. Pastu tak nak la makan pelik pelik.. Kang tak boleh balik rumah kang. Muntah dulu..


Tapi Asna makan Nasi Goreng Bebek Bakar, then Nadwa makan Nasi Putih Ayam Bakar.. I rasa ayam bakar jek. Sedap! Bebek, takmooooooo......

Takde pulak gambar bebek bakar.lupe...

Keseluruhan, puas hati, sedap dan murah. Kalau tak kerana Asna, takdenye Anisah sampai ke Nilai hari ni. Mungkin sampai ke Bandar Baru Salak Tinggi je menjenguk rumah dikala bujang. Itupun dah desperate sangat kena pergi ke KLIA untuk ambil airport pass. Esok dah due date. Kalau tak, mungkin tunggu lagi. Hehehe...


Wednesday, September 26, 2012

Sekuntum Bunga

Mood tidur menjelma dah ni.. Tapi ketukan di pintu memaksa untuk bangun. Penat dah suruh si dia masuk. Tapi.. Tetap nak mengetuk..

Haih... Sabar... Bangun... Bukak pintu... Dan....

Ini yang muncul...



Thank you sayang... Mummy penat... Itu yang malas nak bangun tadi.. Tapi Mummy tau, mesti buat kat sekolah tadi kan...  

Wordless Wednesday : Si Kecik


Gambar ketika 12 minggu.. :-)

Monday, September 24, 2012

Belon!

Belon?
Balloon...?
Sama je maksudnya...




Bulat...
Terasa diri sendiri sekarang ni pun macam belon. Tengok muka kat cermin macam pelik! Macam muka yang bengkak! Argh....

Tak sanggup nak post mana mana picture of mine!

Tapi sat lagi, post jugak...

Friday, September 21, 2012

#Mengidam - Mangsa Keadaan Dan Home Made Carrot Cake

Macam macam yang I rasa nak makan sekarang ni. Usia anakanda di dalam ni dah hampir 16 minggu. Tapi Mummy dah mengidam macam macam..

Menunya takde la pelik pelik sangat. Cuma banyak menyusahkan orang jer. But, I like!

I suka mengidam masakan yang dimasak oleh kawan kawan.. I tak rasa untuk masak sendiri. Nak paksa orang tersebut juga masak makanan itu dan ini. Tak boleh tukar tukar orang. Walaupun boleh buat sendiri, tapi tak kira.. Nak orang jugak masakkan.

Hari tu.. I mintak ex-housemate buat Carrot Cake. Sape suruh dia pernah bake Carrot Cake yang sedap untuk I makan.. End up, baru baru ni I dah teringin nak makan Carrot Cake. Pergi kedai, semua taste tak sedap. Nak yang Asna jugak masak..

Lepas tu, alangkah bahagianya bila, sekali mintak je terus dia sudi buat. Siap nak buat on da spot lagi. Ni buat sayang lebih kat Asna ni..

So semalam I dah dapat makan Carrot Cake yang sedap. Puasnya hati ni.. Tapi too bad, memang lupa snap gambar walaupun dari awal dah berangan nak snap dulu sebelum makan.. Deng!!!! Lupe...

Sunday, September 16, 2012

Terasa macam Dejavu


Terasa Dejavu... Dejavu la sangat. Padahal nak feeling feeling macam cerita Dejavu aritu. :-) 

Cuti Hari Malaysia tahun ni dah dihabiskan di negeri Sabah. Kemudian rasa macam best..  Hari ni dapat tengok dengan jelas pulak Gunung Kinabalu. Masa datang tahun lepas, tak dapat tengok pun akibat hujan dan berkabus.. Terasa macam rezeki I pulak dapat tengok jelas jelas Gunung Kinabalu. Tapi I tetap bising bising dengan En. Hubby.. Gambar tak cantik sangat sebab kamera murah kan..hihi... Alasan!

Anyway, masih di Kota Kinabalu.. Dan rasa penat! 

Thursday, September 13, 2012

iPhone 5?

Yer... Semua orang mesti sedang bercakap cakap pasal iPhone 5 kan? Serius terasa seperti di dalam dilema yang panjang.. Panjang la sangat kan..

Tapi memang terasa ingin memiliki iPhone 5 ni.. Yup! Sangat sangat teringin.. Dan ia berlaku kepada dan dan juga En. Hubby. We are fall in love with the same gadget..

Alasan dia untuk memiliki...
I dah lama tak beli phone. Boleh tu nak membazir dengan beli phone baru..

Alasan I untuk memiliki..
Blackberry I dah 2 tahun. I dah layak beli phone baru. Tapi still sayang la dengan Torch I ni.. Tapi kalau U beli phone baru, U tak boleh beli satu!

Tapi masih berfikir fikir.. Berbaloi ke membazir duit dengan menukar phone? Patut ke melayan kehendak yang bukan keperluan? Arghhhh!!!!!!

Wednesday, September 05, 2012