Monday, November 24, 2014

Cream Puff Home Made by Kak Faryna

Kami berdua memang penggemar Cream Puff. Biasanya En. Hubby akan beli Cream Puff kat pasar tiap tiap hujung minggu. Tapi semakin hari semakin tak sedap pulak rasa Cream Puff tu.. Then dia merungut la.. Yang.. Abang nak makan Cream Puff yang sedap la....

Hallamak!!! Wife abang tak pandai buat pastry ler bang. Tapi wife abang pandai order yang sedap sedap. terus terbayangkan Cream Puff yang Kak Far buat. Apa lagi.. Wassap Kak Far untuk order Cream Puff la..


Order 30 biji je.. Konon 30 biji tu dah cukp banyak la.. Rupa rupanya tak cukup! Semua nak makan banyak. Alasan, sedap sangat. Biasa kalau beli yang kat pasar, takde pulak budak budak sentuh. Dapat yang gebu gebu, diorang pun berebut dulu..

Takpe.. Nanti Kak Far tunggu ye.. Saya repeat order lagi.. Kenapa Kak Far baking sedap sangat.. Kak Far jugak la yang dah buat saya makan Salt Caramel Cake dalam pantang..


Haihhh... macam mana nak kurus ni???

Kalau orang orang disekitar Shah Alam nak order home made cake ke pastry ke, contact je Kak Faryna.. Confirm sedap.. 

Graduation Day

Sekolah dah tutup. Menunggu result UPSR pulak untuk 2 orang anak buah ni. Tak sabar nak tahu. Tapi kalau dah tau jap lagi kena standby hadiah pulak.. Nasib baik dah gaji. Tapi tahun ni semua naik stage ambik award. Wahh.. Bagus bagus.. Ikut jejak chu korang. hee...

Meh Achu korang tempek gambar kat sini yer.. Buat kenang kenangan.. 

 

 
 
 

 Yang last.. Graduation Tadika 2 tahun. Tahun depan pergi Sekolah Pra pulak yer. Tapi alahai.... Masam sangat.. Senyum la sikit..

Friday, November 21, 2014

Cuti Sekolah Yang Panjang Bermula

Patut suka cuti sekolah atas tak suka cuti sekolah?
budak budak wajib lah suka. Tapi saya?? cuti sekolah itu memenatkan. Dah ada aktiviti untuk setiap minggu. Hurmm.. Cuma plan balik kampung dah berubah sikit. Dari bercuti panjang menjadi kurang la pulak. Tiba tiba En. Hubby kena pergi SOJT kat KLIA.

KLIA?? Haruslah suka.. Dah bertahun kot pergi kerja takde driver, tiba tiba En. Hubby kena pergi kerja sama sama.. Whoooaaa..... Best!!

Tapi masih ada yang tak suka! Plan nak balik kampung seminggu. Dah tak dapat cuti la pulak.. Think positive.. Suka! Suka! Jimat Annual Leave. Jom kita pergi kerja. Jalan tak jem..

Cuti sekolah pulak biasa dikaitkan dengan kenduri kawin. Tahun ni rasa rasa macam takde jemputan kawin dari kawan kawan je. Musim banjir kot. Orang Terengganu tak plan nak buat kenduri musim ni..

Tapi sorry lah ye anak anak. Tahun ni takde family vacation, dah plan.. Tapi korang pun ade aktiviti lain, kita cancel jelah ye vacation. Duduk diam diam kat rumah. Hahahaha..


Ouchh! 
ada gambar hiasan yang buktikan abang notty.. Sempat lagi cubit peha adik masa ambik gambar.
 

Thursday, November 20, 2014

Selamat Bercuti Kaksu.. 2 Bulan je tau!

Kaksu!!! Balik kampung 2 bulan je tau.. Jangan lama lama.. Nanti kami rindu roti jala, karipap dan donut. Hahahaha.. 

Kesian Kaksu. Nak cuti 2 bulan pun kitorang susah hati. Dah 8 tahun kerja, baru kali kedua nak bercuti kat kampung. Selalu bercuti weekend je kan.. 


Tadi dah pergi hantar dia ke KLIA 2. Bila la ai pun nak naik kapal dar KLIA 2 tu. Teringin gak. Tapi Malindo dengan Air Asia la pulak. 

Takpe.. KLIA 2 tu tempat saya makan makan hari Jumaat je. Naik kapal, kat KLIA jelah.. Selamat bercuti Kaksu.. Semoga gembira balik kampung 2 bulan ye..

Sunday, November 02, 2014

Alahai Baby Alyah

Kesiannya anak mummy. umur 5 bulan kena demam campak. Haritu masa abang Adam kena, dia kuat. Tak jangkit. Tiba tiba dia sorang sorang kena kali ni. Nasib baik tak meragam sangat. Cuma waktu malam la ajak mummy berjaga. Lenguh badan dan gatal gatal ye..

tak pe.. mummy dah biasa berjaga malam ni. Yang penting anak mummy selesa. Mujur ada krim yang hebat membantu mummy. Sapu sapu je, Alyah rasa selesa dan Alyah terus tidur. So, tak la suffer sangat kan? Sapu je 4 ke 5 kali sehari. Janji badan tak gatal gatal. 

Hari ni nampaknya macam dah hilang dah dari badan. Sembuh cepat cepat yer. Awak nak kena pegi klinik ni untuk inject 5 bulan.