Sunday, February 24, 2013

My Labour Story


Alhamdulillah.. Semuanya selamat.. Mummy dan baby... Walaupun tak menjangkakan seawal ini untuk bersalin, tapi dalam hati memang ada terdetik baby akan keluar awal ni.. Tepat jam 11 malam 13 Februari 2013, my first baby selamat dilahirkan. Dan entri ini adalah tersangat panjang.. Jangan baca kalau bosan. Hehehe....

Pada usia kandungan 35 minggu 4 hari, pada jam 3.30 pagi, air ketuban pecah! Panik?! Of course.. Sorang sorang tengah tidur di dalam bilik, En. Hubby balik kampung.. Thank you Allah bukan sorang sorang di rumah Shah Alam.. Kebetulan balik ke rumah parents dan all family kat rumah except Abang Long.. Cannot imagine kalau sorang sorang di Shah Alam or lebih teruk kalau dalam bas on the way, pergi/balik KLIA!

Water bag burst waktu tidur, sedangkan waktu tu cuma terfikir I terkencing kat tilam??? Terus cuba bangun nak ke toilet but bila berdiri tegak air keluar sebanyak yang mungkin. Serius gelabah.. Inikah ketuban? Ya Allah.. Agak tak ready.... Tapi capai je towel dalam almari dan tak mampu bergerak dah sebab air akan keluar lagi banyak. Relax... Cool down... Pergi jugak toilet.. Terus mandi bersihkan badan jam tu jugak.. Tak ada rasa sakit langsung. So, confuse...betul ke ketuban? Nak kejut mak tidur ke? Ke Kak Anie? Ke nak call En. Hubby? Urm... Belum pukul 4 pagi lagi.. Tak nak la buat semua orang terkejut.. Tak mau la buat havoc 1 rumah. Hahaha....

Masuk bilik, capai iPad, google .CIRI CIRI AIR KETUBAN... Hahaha... Bila terjumpa statement 'bayi boleh bertahan dari 24 jam hingga 48 jam selepas ketuban pecah' I terus cool... Pujuk diri sendiri untuk tidur.. Padahal still ade leaking sikit sikit walaupun tak sebanyak tadi.. Entah dari blog mana I baca, tapi memang boleh menenangkan diri sendiri lah. Hahaha... Agaknya, kalau orang lain terus nak pergi hospital kot. ;-)

Di waktu semua orang bangun solat Subuh, I pun dengan slumber jelah pergi bilik parents, cakap kat mak... "Mak, kite rasa kita dah turun air ketuban.." Relax... Cool... Senyum senyum... Tapi, mak dengan loudspeaker panggil seisi rumah! Kakak kakak pulak yang menggelabah.. Ayah pun sama.. Abang ipar gelak gelak sebab adik ipar dia duk gelak gelak... Yelah.. Orang yang dah pecah air ketuban ni gelak gelak tengok orang lain menggelabah..

Rupanya abang pun menggelabah jugak.. Dia bangun terus call klinik desa cari nurse.. Waahhh.. Semua orang sepakat menggelabah ni... Me??? Still takde perasaan sakit.. Perasaan nak nanges tu ade lah.. Lagi lagi waktu call En. Hubby nak inform dia.. Uwaaaa... Serius drama.. Bila sampai Klinik Desa, nurse pulak marah marah sebab tak action even dah 4 jam leaking. Uwaaaa... Nanges lagi... Serius sangat tak kuat masa tu.. Fragile... Tak boleh orang tinggikan suara... Nak nanges.. Tapi control.. Gelak gelak dengan Kak Mie.. Gelak gelak lagi sebab first time kami berdua naik ambulans..

Tapi sebelum naik ambulans tu susah jugak nk buat decision.. Hospital mana nak pergi.. Swasta ke kerajaan? Kuantan ke Kemaman? Susah jugak buat pilihan... Cuma stick to 'alang alang tak jadi anak Selangor, baik jadi anak Terengganu'... Jadi, pilih jela Hospital Kemaman, which is government hospital.. Padahal masa kat Shah Alam dah pilih private hospital dah.. Alasan, senang En. Hubby nak datang dari Dungun. Parking pun senang.. Takde budak budak practical kat hospital tu.. Hospital Rakan Bayi dan Rakan Suami.. Banyak kelebihan Hospital Kemaman compare to Hospital Kuantan.. Yang penting baby lahir berkod 11 kat dalam IC! Hihihi.... Jauh sikit dari rumah tapi takpe.. Tak kisah...

Tapi yang malang sikit bila sampai hospital, kena menunggu pulak. Wad penuh.. Tak boleh nak admit.. Tapi ok lah. Kalau dah admit, tak boleh la melepak dengan family. Ada waktu waktu melawat la pulak. End up, pukul 8 malam baru dapat katil.. Wah....sehari ko! Rasanya En. Hubby yang sayu kot wife dia admit kat hospital government. Tiba tiba je dia tanya, nak tukar pergi ke private tak? Jom lah pegi private kalau nak.. Hohohoho... Tak nak buat drama.. Mestilah I gelak je.. Malas dah nak tukar tukar hospital ni.. Padahal, dalam hati macam nak nanges dah.. Kena tidur kat hospital sorang sorang!

Bila dah duduk hospital, doktor observe je.. Menunggu normal contraction.. Tapi.. Memang tak ada.. Tak rasa sakit.. Dan enjoy je lagi di hospital pada hari kedua.. Kata kata positif doktor, esok boleh la induce. Dah cukup 36 minggu.. Saya taknak ambil risiko awak lahirkan baby bawah 36 minggu. Takde jawapan lain, melainkan, ok doktor........ Pasrah jela...

13 Februari 2013
Hati dah meronta ronta nak lahirkan Isyraf pada tarikh ni. Tak dapat 130313, 130213 pun boleh la.. Tarikh yng cantik jugak.. Tapi memang sebulan awal dari due.. Tunggu punya tunggu, lepas waktu melawat tengah hari baru doktor masukkan ubat. Waktu tu jalan dalam 2-3 cm...

Yang dasyatnya, selepas masukkan ubat terus rasa sakit. Cuma sakit yang boleh tahan lagi lah.. Hingga waktu melawat petang, mak ayah datang, boleh je gelak gelak. Tapi sekejap je.. Dalam pukul 6 petang dah suffer dah.. Orang datang melawat pun nak tak nak je layan.. Orang yang call lagi rasa nak mengamuk. Dah sakit, tapi kena jawab call. Tak nak jawab kang, dari family.. Sungguh stress!

Petang tu, mak ayah pun dah decide nak tunggu je hingga bersalin.. Sayu je hati I.. Mak ayah tunggu kat luar.. Thank you mak.. Thank you ayah.. Selepas induce, contraction memang cepat, lepas Maghrib sakit dah menggila dah.. Merayu dekat nurse jela mintak diorang benarkan En. Hubby datang temankan.. Dah tak boleh tanggung dah rasanya sakit.. Dah la diorang tak menyediakan apa apa ubat tahan sakit.. En. Hubby cuba nak tenangkan perasaan pun dah tak nak layan. Dia buat lawak pun dah tak jalan.. Rasa nak gigit dia ada la..

Dalam keadaan sakit, inform nurse cakap dah sampai masa nak deliver, I dapat jawapan yang mengecewakan.. Tahan yer.. Sabar sekejap.. Tunggu dalam 5 minit. Labour Room penuh? What!!!! Terus jelah I menangis cakap tak tahan dah kat En. Hubby.. Dalam hati, ingat Allah.. Baca ayat ayat yang patut.. Bertenang.. Ini hospital kerajaan.. Kena redha dengan perkara macam ni..

Apabila nurse datang nak bawak ke Labour Room selepas 5 minit yang dijanjikan, I rasa lega sangat sangat walaupun sakit yang tak boleh dah nak digambarkan.. Serius sakit.. Tak ade dah rasanya sakit lain yang boleh dibandingkan dengan sakit bersalin. Di dalam Labour Room, tak sampai 10 minit di situ I memang dah selamat melahirkan.

Disaat baby keluar, rasa sakit semua hilang dan leganya! Siap boleh berfikir.. Nak baby lagi! Hehehe....

Sekarang baby Isyraf dah 12 hari dan rasa macam sekejap sangat.. Tak sangka pulak dah ada anak sendiri.. Dan macam sesuati yang menakjubkan.. Baby sebesar ini berada di dalam perut.. I love you sayang.. I love you jugak En. Hubby..

Dan sekarang I rasa dah rindu kat you.. I rasa attention I dah terlebih untuk Isyraf tapi I tetap nak cari you bila nak tido.. Walaupun nanti Isyraf akan merengek kalau I tak melekat dengan dia.. Tak kira.. My hubby is the number one!






3 comments:

Tulip Merah said...

like...like.... kite plak yg rase happy tgk kak nisah n baby skarang ni.....sedap nama.. wan adam isyraf...like banyak2.... =)

Miss Anisah said...

Hehe,... Nama yang dh diangan berkurun lama... Hihihi

Anonymous said...

Pengalaman yang menarik as a first mother.