Thursday, June 12, 2014

Kisah 15 Hari Berpantang

Sekarang ni ai ada Abang Baby dan Adik Baby. Kenapa panggil macam ni? Yelah.. Dedua pun baby lagi. Below 2 years. Layaklah panggil macam ni..

Cuma bila ada anak yang jarak umur diorang tak jauh sangat, terasa macam anak kembar pun ada. Apa yang dipakaikan kat Adik Baby mesti Abang baby pun nak jugak. Kalau mandikan Adik Baby dengan sabun tu, mesti Abang Baby nak jugak. Everything nak sama la. Jangan Mummy pakaikan dress untuk Adik Baby, Abang Baby nak jugak dah lerrr! Itu tak boleh. 

Yang susahnya sekarang, hati Abang Baby sangat cepat terguris. Mummy tak boleh la marah marah Abang Baby, cakap pun nak kena loving loving je. Yelah kan.. Mummny duk dukung riba Adik Baby je.. Mau orang tu tak kecik hati dengan Mummy. Apa Mummy kena buat? Letak jelah Adik Baby kat tilam kalau Adik Baby tak lapar, peluk peluk cium layan la Abang Baby main. 

Inilah dugaannya kalau dapat baby setahun sorang. Banyak benda nak kena pandang. Dan segala gift yang Adik Baby dapat pun Mummy beri jugak kat Abang Baby. Kalau tak, mesti si abang kecik hati dan akan ada misi throw away daripada Abang Baby.

Apapun, hari ni 15 hari usia Adik Baby. Mummy harap WAI Mummy akan menjadi abang adik yang rapat dan tak mau cakar cakar ye bila besar nanti.

1 comment:

Kakzakie said...

Abang masih belum faham lagi tapi biasanya bila jarak usia dekat bila dah besar sikit mereka sangat akrab.. kakak ada anak buah yg begini. Masuk 2-3 tahun dah macam kembar and they are very closed sampai sekarang masing-masing dah kawen tapi still akrab..