Saturday, July 05, 2014

Kisah MySale ku dan Hadiah Birthday dan Anniversary Encik Suami

Sekejap aku patah hati dengan MYSALE. Siap berkeputusan tak mau dah shopping dengan Mysale. Merajuk. Sedih. Patah hati. 

Dah la belikan hadiah untuk En. Hubby sempena birthday dan anniversary. Jangan bising.. Ai beli hadiah untuk En. Hubby ikut online je. Waktu tu mak pregnant. Tak larat nak ukur shopping mall nak mencari hadiah yang sesuai.

Sebagai online shopper tegar, so gagahkan jugak shopping hadiah untuk En. Hubby ikut online since nak mengukur shopping mall memang takkan la.. Dengan macam macam masalah waktu pregnant, memang keluar berjalan just untuk hal penting ajelah.. 

Tetapi bermula pulak episod sedih dengan Mysale. Website online shopping yang femes abad ini. Barang yang dijanjikan akan sampai seperti hari dijanjikan tak sampai. Okay.. Tunggu dulu hingga seminggu after due date barang tu sampai. Tapi tak sampai jugak.. Haru biru jugak.. Bukan murah apa yang dibeli. Beratus ratus la jugak. Bila seminggu still tak sampai, hati dah gundah.. Haih... 

Company barang ni tipu ke? Takkan la kan.. Klau penipu, berani pulak dia jual kat Mysale. Sedapkan hati dan pujuk hati untuk bertenang. As online shopper tegar, dah biasa dengan kes macam ni. Dulu kes Amazon.Com pun bole chill je even barang tak tahu masa depan. 

Berpegang pada jika ia rezeki ku, pasti akan menjadi milikku, dah lebih 2 minggu daripada estimate delivery date still takde kabar berita, try la contact Mysale. Yang sedih pulak, almost seminggu barulah pihak Mysale bagi feedback. Unfortunately, tak tahu masalah dari apps ape, mesej yang Mysale reply tak muncul pulak. Haih.. Tak tahu macam mana nak buat. Bukak dr ipad tak dapat, laptop, pc, chrome, safari, mozilla, semua mesej takmau keluar. Rasa nak nanges jugak.

Tiba tiba, muncul la idea, download apps Mysale dari Apps Store. Alhamdullillah.. Kali ni baru la berhasil. Barulah mesej muncul di account. Bila dah baca feedback dari pihak Mysale, baru rasa lega sikit. Tapi tak lega sangat. Sebab barang sangkut dekat kastam. Dan tak tahu bila estimate date akan sampai ke rumah.

Ayyok.... Ini hadiah untuk En. Asben. Kalau barang sendiri takde lah sedih dan risau sangat. Ini hadiah anniversary yang lambat. Sadisss... 

But now, tunggu punya tunggu, semalam baru sampai. Sebulan lambat dari estimate date yang asal. Takpelah.. Hal hal kastam bukan boleh buat apa pun. Lambat giler hadiah sampai. Sorry yer En. Asben. Harap harap suka la dengan hadiah tak seberapa ni yer.. Last year dapat mercurial, this year takmau lah bagi mercurial lagi. Kang tak balik rumah main bola. 

Padahal dia tak tahu pun wife dia belikan hadiah. Sebab dari awal dah inform, takde hadiah untuk tahun ni. Hehehe.. Tipu sunat.. Tambah pulak jadi kes macam ni. Nasib baik tak bagitau awal awal. Kang bising dia barang tak sampai wife dia shopping online. Heeee.....

6 comments:

Montana said...

Blogwalking..datang dari Blog Mia..Senarai Blog saya number 80 dari bloglist yg dipostkan oleh MIa...selamat menyambut Ramadhan ;-)

nur husna said...

singgah dan follow sini dari blog mialiana :)

FaraFirhana said...

Assalam...

Singgah dan follow dari blog kak mia :)

aRz MoHa said...

Salam. Selamat berpuasa
BW dari blog kak mia url #17
done follow sini.

Araqa said...

salam, saya nak tanya barang2 dari mysales nie original ke? takut jugak nak beli online barang harga beratus..sbb so far ada baca review2 kata brng salah dgn brng x ori.

Anisah Abdullah said...

Nur Atiqah Mtz,
Rasanya nak kena pandai pilih untuk shopping kat Mysale. setakat ni saya shopping, tak pernah pulak dapat barang yang tak ori dari brand yang sy beli. Wallahu alam.