Friday, January 04, 2013

Sehari Di Putrajaya

25 Disember 2012
Sepatutnya nak celebrate anniversary dengan En. Hubby, tapi mak tak kasi balik rumah pulak.. Huhuhu.. Sedih sudah.. Bahaya la driving sorang malam malam. Lagipun awak tu dah penat. Seharian shopping.. Owh.. Shopping.. Melayang duit Mummy... Ayah? Tak keluarkan pun lagi.. Takpe.. Mummy paw Ayah di lain hari dan waktu..

Jadi, 25 Disember, kita bawak buah hati tercenta berjalan jalan.. Ayah dan Emak. Memandangkan mereka berdua tu dalam kerisauan tentang rumah mereka, kami anak anak bawak la mereka berjalan jalan.. Tempat yang mereka nak pergi sangat tu Putrajaya.. Katanya, dah lama tak berjalan jalan kat Putrajaya.. Teringin nak pergi Masjid Besi.. Sape la yang nak bawak aku ni....

Anak anak ade lah.. Boleh je bawakkan.. Tak payah la buat drama dialog dialog sedih.. Kitorang faham.. Hihihihi...

Di awal pagi Krismas, I balik rumah mencari En. Hubby (2 malam bantal peluk I tu takde), tapi dia tak mau ikut pulak. Ade game takraw pulak Crew CSI anjurkan.. Dia memang prefer takraw la.. Last last I just angkut Najwa, follow family I pergi Putrajaya.. Haihh.. En. Hubby.. Dia memang tak suka berjalan tengok keindahan negara sendiri.. Isteri awak ni suka.. So, I tinggal jela U kat rumah yer...

Destinasi pertama, Masjid Putra.. Ulang ulang pergi Putrajaya memang situ jela kan.. Tapi kali ni sebab nak naik cruise.. Dulu I dah pernah pusing Tasik Putrajaya dengan kayak di zaman orang pun tak ingin pergi Putrajaya lagi.. Penat.. Enjoy.. Kali ni naik cruise.. Tak penat.. Dan lagi enjoy!

Harga untuk cruise yang kami naik tu agak berpatutan mengikut pakej.. Untuk maklumat lanjut tentang harga boleh rujuk WEBSITE.. Memandangkan Emak takut nak naik Perahu Dondang Sayang, kami pun belilah tiket untuk BELIMBING SIGHTSEEING CRUISE BOAT.. Sebab budak notty a.k.a Wafiy pun takut jugak.. Menarik je bila naik cruise.. Boleh keluar jugak untuk bergambar.. Siap ada khidmat photoghrapher lagi dengan bayaran RM10 untuk 1 gambar 6R.



Budak Notty
Untuk 45 minit menaiki cruise tu rasa berbaloi dan menarik jugak untuk aktiviti bersama family di hari cuti.. Bawak mak ayah berjalan jalan.. Buat diorang happy.. Cuma sorang jela yang sadisss... Presiden VOG ni monyok je tak boleh ride naik Awana.. Hahaha... Padan muka.. Dah bagi chance dah ride hari Ahad.. Selasa ikut la kitorang.. Hihihi... Eh... En. Hubby I tak pulak.. Yang tu lain kes.. Itu tak pernah bercampur dengan jiran.. So memang patut tinggal kat rumah untuk hidup bermasyarakat dan mengenali jiran tetangga.. I? I berkenalan dengan jiran jiran ikut Facebook jer.. Hihihi...



Dua perempuan yang tinggalkan suami di rumah ;)
Bila dah dekat waktu Asar, pergi je bersolat kat Masjid Sultan Mizan, memandangkan itu tujuan utama pergi ke Putrajaya.. Yea! Tercapai hajat ayahanda kami nak bersolat disitu... Alhamdulillah.. Tak rasa terkilan kami anak anak bila dah dapat menunaikan satu permintaan..



Satu lagi yang belum.. Pulau Pangkor.. Erk! Tu tunggu baby keluar dulu lah yer Embah Aki.. Baby pun nak ikut jugak!


semua nak pakai baju sama. pening!

No comments: