Friday, September 30, 2011

Semua Orang Suka Graduation Day, Tapi Saya Rasa Tak best!

Assalamualaikum...

dah lama tak mengadap laptop ni untuk update blog.. Kerja seorang Apprentice sangat la banyak. Sama macam kerja seorang engineer lah jugak.. Sebenarnya bertarikh 111011 nanti adalah hari gaduasi dalam Bahasa Melayu nyer.. Bertempat di Hangar 6, KLIA.. 

Segala jemputan untuk ibu bapa DCA yang uruskan.. Bunyi memang macam gah je.. Dato Seri Najib dah inform yang dia free pada hari tu dari 3.00 petang sampai 4.30 petang.. Majlis yang akan berlangsung 1 jam 30 minit la agaknya.. 

Graduation Day kami ni dah lama dah asyik postpone jer.. Sebab nak kena follow schedule PM kan..PM yang nak datang kan.. Suka je dia datang.. Dah 2 kali pun PM datang kat METC.. Sampai gambar kitorang sambut PM datang METC pun TV3 guna buat tunjuk orang MAS nak berpiket.. Haish... Takde gambar lain ke..... Cuma yang tak sukanya ada pulak la insan insan yang gelabah nak mati kan.. Siap mengajar cara nak jumpa PM.. Nak salam macam mana.. Nak cakap macam mana..Haihhhh.. Gelabah betul la manusia itu.. 

Dia je yang gelabah tu.. Sebab first time dalam hidup dia nak jumpa PM.. Urmmm.. Dah la cara mengajar kitorang tu macam la first time involve benda benda gitu.. Kitorang dah banyak kali jumpa PM since dia tak jadi PM la.. So jangan la anggap kitorang ni sengal, bodoh yang nak kena ajar macam macam itu dan ini.. Buang masa aje la.. PM dah kenal muka kitorang satu satu.. Since 5 tahun lepas masuk METC dah selalu sangat la kena gi mengadap PM.. Anda yang baru kerja berlagak dengan baju putih LAE sedangkan tak pernah pegang title LAE ni jangan la nak buat kitorang macam orang tak pandai.. serius buang masa.. 

Sebenarnya graduation kami tak nampak pun apa kelebihan selain dari faktor politik.. Nak meraih undi orang FELDA kot.. "SERAMAI 96 ORANG ANAK FELDA BERJAYA MENJADI JURUTERA PENYELENGGARAAN KAPAL TERBANG".. Mungkin itu la yang keluar Buletin Utama pada 111011 nanti.. Tak pun paper pada 121011 ni.. lepas tu dicanang canang pulak gaji kami 5000.... 10 000... oh! tidak... Hakikatnya dengan basic license yang ada, kami belum lagi menjadi engineer. Apprentice seperti kami tetap gaji RM800 ditambah elaun dobi RM50 ditolak tolak pulak KWSP, Koperasi, dan lain lain tinggal la RM700.. 

huh!!!
Dah lali dah dengan penipuan di Akbar sisipan FELDA yang semua orang kat FELDA dapat tu.. 

huuhhhh!!!
tertekan!

Ya Allah.. Tak sanggup nak Grad sebab bila balik kampung nanti semua orang akan cakap... waaa.. dah jadi engineer kapal terbang.. gaji sepuluh ribu sebulan.. kalau nak cakap semua tu tak betul, mesti orang cakap, tipu la  tu.. kedekut nak belanja.. 

Serius Graduation Day tu tak best! 
Tak macam korang yang Grad kat universiti tau.. 
Grad kat universiti tu best..

Kitorang punye,
tak besssssstttt!!
tolong...

Jauh lagi perjalanan kalau nak dapat gaji RM10 ribu kalau dekat company I sekarang. Kena collect approval banyak banyak dan OT banyak banyak serta kerja untuk beberapa tahun baru boleh dapat tau..

Dan masih jugak berdoa segala isu di antara MAS, Air Asia, serta kewujudan Sapphire tak mengganggu establishment kitorang memandangkan aircraft type license kitorang nanti B737-400 yang mana Sapphire tu akan menjalankan operasi untuk narrow body.. 

oh! tidak..
rumours tu sebenarnya tak lama lagi menjadi kenyataan kan?

1 comment:

Anonymous said...

Serious gaji 700?