Tuesday, June 12, 2012

Bersekedudukan



Sedang menggosok baju kerja kepunyaan sendiri dan En. Hubby, kepala berfikir fikir dan melayang akibat teringat satu topik di surat kabar. I bukannya seorang yang suka membaca newspaper sangat pun. Cuma hari tu terbaca pulak. Kesian dekat bayi yang tak bersalah tu akibat terkena seterika panas.

Tetapi apa yang bermain di fikiran, KENAPA LELAKI DAN PEREMPUAN BERSEKEDUDUKAN SEHINGGA MELAHIRKAN ANAK?

Dah tentu faktor kekurangan didikan agama. Dah terang terang Islam melarang dan berdosa jika bersekedudukan. Tetapi pernahkah faktor kewangan diambil kira?

Contohnya kita di Malaysia, kos untuk berkahwin pun boleh mendorong pasangan untuk menangguhkan perkahwinan.. Akibat kekurangan bajet untuk berkahwin, ada pasangan yang berkeputusan menangguhkan sehingga boleh menimbulkan perasaan tak senang pada sebelah pihak. Mula mula perlu menghadiri kursus perkahwinan. Kos untuk seorang sekurang kurangnya RM80. Setiap pasangan memerlukan RM160. Bagi golongan yang gaji pun tak seberapa, mesti ada yang berfikir, RM160 tu banyak benda lagi nak buat. Makan... Transport.. Kemudian, kos lain lagi. HIV Test, mas kahwin, hantaran, persiapan majlis kahwin, bayaran untuk jurunikah.. Semuanya memerlukan duit.. I tak mahu meletakkan harga minimum untuk sebuah perkahwinan. Sebab bergantung kepada setiap pasangan. Cuma berfikir,mungkinkah segala kos itu yang mendorong pasangan tak berkahwin dan bersekedudukan hingga melahirkan anak?










Nota kaki: apa yang bermain difikiran hanyalah faktor kewangan. Faktor faktor lain memang masih banyak kalau nak diambil kira tentang pasangan yang bersekedudukan..


No comments: