Thursday, May 16, 2013

After 2 Days MC



2 hari dah cuti dengan tidak sengaja. Hari ni kerja sudah menimbun akibat bercuti ditengah tengah minggu. Semalam bercuti yang dirancang dan hari sebelumnya akibat memang disuruh rehat oleh doktor. 

Sungguh tak merancang untuk MC. Tetapi lutut dan ankle semakin sakit. Sampai satu tahap dia membengkak. Mungkin berpunca daripada kekurangan kalsium selepas bersalin? Atau sebab lain? I rasa ia lebih kepada proses mengandung dan melahirkan yang menyebabkan kekurangan kalsium kepada ibu. 

Yer.. Saya mengaku.. Memang dari dulu saya tak GEMAR minum susu. Sejak kecil mak cakap, saya memang tak minum susu formula. Breastfeeding je sampai 4 tahun. Kemudian, milo menjadi minuman harian dan seterusnya bila dah besar hanya air masak yang saya minum. Tak menggemari jugak air manis means air berperisa. 

Sekarang, tulang pun bermasalah. Bila bersila lama lama memang tak boleh bangun berjalan. Driving lama lama pun bila keluar kereta jalan terhincut hincut. Dan kroniknya, waktu bangun tidur pun akan sakit bila nak mula berjalan. Huhhh.... Try dulu ubat yang doktor berikan dalam seminggu. Kalau tak ok jugak, next week kena pergi x-ray. Wahhh!!! Sebegitu kronik? 

2 comments:

Migha said...

akak mkn la suplement protein mcm shaklee tu...

Anisah Abdullah said...

Mira.. Akak dah makan shaklee.. Tp lambat kot nak built up balik kalsium dlm badan ni...