Wednesday, January 28, 2015

Implanon Menjadi Pilihan Untuk Merancang Keluarga

Apakah Implanon?
Implanon adalah salah satu kaedah untuk merancang keluarga. Ada lagi kaedah lain seperti pil perancang, kondom, IUCD dan ape ye? Heee... Lupe..

Okay.. I bukan nak mengajar cara atau kaedah merancang keluarga hokey.. Nak ceritakan pengalaman je..

Begini, setelah di survey, di tanya dan disiasat, rata rata kos untuk memasang impanon sejak September 2014 sudah meningkat. Mostly, klinik swasta perlukan kos RM700 ke atas. So, takde choice lain, memandangkan Kerajaan Malaysia melalui Klinik Nur Sejahtera atau LPPKN menawarkan implanon berharga RM500 untuk 3 tahun pemasangan. So, saya pilih la yang lagi murah dan tujuannya sama.


Dulu, sebelum September 2014, kalau tak silap harga implanon di LPPKN hanya RM380 or less? Tak ingat. Yang confirm sekarang memang harganya RM500.

Untuk pemasangan di LPPKN, saya suggest, pergi je ke LPPKN Jalan Raja Laut Kuala Lumpur untuk orang orang disekitar la. Jangan pulak orang Kedah nak turun KL semata mata nak pasang implanon. Heee..

Bukannya apa, implanon perlu dipasang ketika haid dan ada hari hari tertentu. Oleh kerana LPPKN Kuala Lumpur boleh buat appointment tiap tiap hari, sebab tu saya suggest korang ke situ je.

Saya merancang nak pasang implanon ni dah agak lama. Tapi macam macam hal yang timbul. Waktu ada haid, LPPKN Shah Alam slot dah penuh la, bukan hari doktor datang la, itu la.. ini la.. Bla bla bla.. Call LPPKN Putrajaya pulak, "puan, doktor cuma datang hari isnin je ke sini untuk pemasangan implanon. Kalau puan nak ambil injection, anytime puan boleh datang". Eh.. Macam itu pulak..

So setakat yang saya pergi, bagi nak pasang implanon, Shah Alam hari Rabu, Putrajaya hari Isnin. Jalan Raja Laut hari hari. Cuma, apa apa hal pun, mesti buat appointment dulu. Tak boleh pakai redah je.. Kang kena tegur secara berhemah kang.. Nombor telefon, boleh je google.. Mr. Google akan membantu anda. :-)

Tapi dah pasang implanon ni apa pulak kesan? Nanti saya ceritakan kesan implanon kepada saya ye.. Panjang sangat cerita kalau nak sekalikan kat sini..




No comments: