Friday, June 18, 2010

Manisnya Hidup Menjadi Wanita Islam

  • Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
  • Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
  • Seorang wanita jahat adalah lebih buruk daripada 1000 lelaki yang jahat.
  • 2 rakaat solat dari wanita yang amil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
  • Wanita yang memberi minum susu badan kepada anaknya akan mendapat satu pahala daripada setipa titik susu yang diberikannya.
  • Wanita melayan dengan baik suaminya pulang ke rumah dalam keadaan penat akan mendapat pahala jihad.
  • Wanita yang menghabiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
  • Wanita yang melihat suaminya dengan penuh kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan penuh kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
  • Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70 000 malaikat dan bidadari. Dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang diperbuat daripada yakut.
  • Wanita yang tidak cukup tidur di malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan dosanya dan bila dia menghiburkan hati anaknya, Allah akan memberi 12 tahun pahala ibadat.
  • Wanita yang memerah susu binatang dengan lafaz 'Bismillah' akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
  • Wanita yang menguli tepung gandum dengan lafaz 'Bismillah', Allah akan memberkati rezekinya.
  • Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.
  • Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat kepada suami, Allah mengizinkannya memasuki syurga dari mana mana pintu yang dia suka.
  • Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada siang hari.
  • Wanita yang hamil akan mendapat pahala beribadat pada malam hari.
  • Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
  • Sekiranya wanita mati dalam 40 hari selepas bersalin, akan dikira sebagai mati syahid.
  • Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
  • Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
  • Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
  • Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
  • Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
  • Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

No comments: