Tuesday, April 05, 2011

"Miss K"

AMARAN : 
ENTRI INI MENGANDUNGI UNSUR UNSUR TAK PUAS HATI DAN SEDANG MELUAHKAN PERASAAN YANG GERAM KEPADA ORANG DISEKELILING.

aku rasa aku just a simple person, do what i want and didn't care what are the other people doing until need my attention.. 
rasanya, aku jugak bukanlah suka sangat jaga dalam kain orang yang sampai semua benda tentang hal orang pun nak ambik tahu.. 
apa apa yang aku buat pun, tak pernah nak menyusahkan orang dan aku lebih rela menyusahkan diri sendiri dari rela menyusahkan orang lain.. 
dan aku juga tak pernah menjadi stalker sampai nak menyelongkar facebook orang dari page orang lain.. 



tapi,



kenapa, 
kenapa ada orang yang sangat sibuk tentang hidup aku.. 
sangat curious tentang apa yang aku buat.. 
sangat tak percaya tentang apa yang berlaku.. 
suka sangat mempersoalkan apa yang aku buat?



bukannya baru hari ini benda ini berlaku.. 
dari dulu.. 
kenapa,
ada orang disekeliling aku perlu cemburu dengan apa yang aku ada? 
kenapa, 
ada orang disekeliling aku nak mempertikaikan apa yang aku pakai..
dan kenapa, 
ada orang nak menyibuk untuk tahu apa perkembangan hidup aku? 



KENAPA??

tak boleh ke nampak aku senang..
memang family aku bagi kemewahan.. 

tak boleh ke nampak aku happy? 
memang aku suka dengan hidup aku sekarang.. 

tak boleh ke aku nak buat ape yang aku suka?
memang itu yang aku mahu dan aku mampu.. 

janganlah nak menyibuk.. 
janganlah bercakap dibelakang.. 
janganlah menceritakan apa yang tidak benar.. 
janganlah membuat cerita yang tak pernah wujud.. 

aku tetap akan tahu.. 
siapa dan siapa yang menyebarkan segala cerita.. 
baik..buruk..
perempuan dan lelaki disekelilingku perangai mereka hampir sama..
takde life ke?
memang suka sangat bergosip eh?



tajuk di atas, 
berapa ramai yang menggunakan tittle itu untuk aku? 
aku tak tahu.. 

tapi  kenapa perlu menggunakan nama itu?
aku mempunyai nama.. 
tak susah pun untuk menyebut nama aku.. 





dihadapanku,
AMBOI....
manisnya bahasa.. 
lemah lembutnya bicara.. 
baik dan sopannya adab.. 

dibelakangku, 
macam macam cerita yang timbul..
mengalahkan mami jarum sedang bercerita.. 

kisahku, 
tenaga bunyi pun boleh kalah untuk sampai ke telinga orang.. 
penatlah.. 

i pretend to ignore.. 
tapi sampai bila.. 

teringat tentang azim, 
- anisah, aku dengar pun rase nak terbakar, ko boleh bertahan ke bila dengar dia cakap macam tu?
* azim, kalau ikutkan hati aku, mahu je tampar mulut mamat tu,sakit hati aku dengar dia cakap ape yang tak betul. tapi aku nak jaga attitude aku.. taknak buat kecoh.. aku nak kerja kat sini bukan harini je.. lama lagi.. 
- aku speechless.. kalau aku memang penumbuk da aku bagi.. ko sabar jela anisah.. 

semuanya kerana aku memakai BLACKBERRY TORCH.
Torch je pun..
orang lain ade gadget yang lagi canggih la...

sudah la..bukan setakat Blackberry Torch yang aku mampu beli.. Blackberry PlayBook pun mampu.. bukan nak berlagak la..cuma aku nak cakap, aku tak mengikis, aku tak merengek meminta dan aku tak mengambil kesempatan ke atas orang untuk mendapat kemewahan.. 

maaf, mengeluarkan ayat macam ni.. hanya untuk orang orang yang selalu beranggapan aku menggunakan orang untuk kemewahan aku.. aku tak berdamping dengan lelaki kaya pun la untuk meminta segalanya..

serius aku memang penat dengan tanggapan orang walaupun aku berlagak tenang.. cukuplah bercakap tentang aku.. cukuplah menyebuk dan menyebarkan fitnah.. ingat Allah.. janganlah membuat dosa free.. cukupkanlah yang 5 dulu ok.. 





I put my thrust on u...
apa yang aku nak cakap, perangai semua orang tak akan pernah sama.. akan berubah apabila sampai masa.. jangan nak samakan perangai dia yang dulu kalau hari ini dia menjadi lebih baik.. jangan menabur fitnah kepada orang lain.. sedangkan pantai pun berubah, ni lagikan perangai manusia..

No comments: