Tuesday, January 27, 2015

8 Bulan Sang Puteri

Tak ada apa yang boleh dikatakan oleh seorang mommy kalau mempunyai sepasang anak yang sihat dan hidup bahagia melainkan syukur Alhamdulillah.. Mempunyai Sang Putera dan Sang Puteri adalah satu kebahagiaan yang tak dapat diperbandingkan.

Hari ni Alyah Insyirah genap berusia 8 bulan. Sekejap je masa berlalu. Cuma mommy yang selalu kerja balik lambat, kadang kadang stress, tak sengaja terlepas emosi kat 2 anak kecil ni. Mereka anak syurga. Berdosa sebenarnya memarahi insan kecil. Usia mereka hanya waktu untuk disayangi dibelai belai dan turuti kemahuan mereka.

Yes!! mereka mahu mommy ada dengan mereka sepanjang masa. Itu tak boleh nak nafikan. Anak 8 bulan mommy ni pun dah pandai. Mintak nak ikut mommy pergi kerja.. Datang merangkak rangkak kat kaki sebab nak ikut. Owh.. Bersalahnya hati ni nak tinggalkan mereka hari hari.

Takpe. Impian mommy suatu hari memang nak duduk bermalas malas kat rumah dengan anak anak mommy je pun. Penatlah travel hari hari. Mommy nak bermalas malas tapi income masuk. Bermalas yang terer la.. Bukan goyang kaki takde faedah. Rugi hidup macam tu..

Eh.. meluahkan perasaan pulak kat sini.. Harini abibi ayya dah 8 bulan. Semoga anak mommy sihat dan ceria selalu. Cepat cepat besar.. Baru Abang Adam tak boleh nak buli. Heee... Tak banyak pulak gambar Baby Alyah Abang Adam ni..

No comments: