Thursday, March 05, 2015

Cara Saya Hilangkan Selesema Pada Bayi

Malam ahad lepas tengok Alyah macam selesema. Alahai anak.. Esok mommy nak kerja. Jangan tidur malam adik buat hal nangis nangis tak boleh tidur pulak yer. Dah la hari Isnin. Tak boleh nak apply adhoc leave dik.



So apa mommy buat, sebelum tidur mommy boost Vitamin C intake la.. Hari hari biasa memang la mommy makan sebiji sehari di awal pagi. Since Alyah selesema, dan syukur baby comel comel mommy masih lagi breastfeeding, mommy makan la 3 biji Vitamin C sebelum tidur.

Apa yang berlaku? Esoknya balik kerja, kakak cakap sepanjang hari Isnin tu banyak sangat hingus Alyah keluar. Macam macam kaler. Hijau coklat semua ade.. Kakakku tak tahu. Adiknya mengambil extra dose Vitamin C sebenarnya.

Tapi mengikut observation, mommy tak puas hati lagi dengan selesema Alyah ni. Still ada dan tak kering. Lagipun kadang kadang dia loya macam nak muntah. Rasanya ada kahak lagi dalam tekak dia.

So tiga malam berturut mommy makan 3 biji Sustained Release Vitamin C tu sebelum tidur. Sebenarnya malam tadi pun makan juga. Dah masuk empat malam dah. Tapi yang bestnya, mommy dengan ayah bukan hirau pun anak dia selesema lagi ke tak. Pasal kitorang cuma ada lebih kurang 4 jam je sehari untuk berbual. So banyak topik lain nak dibualkan. Lupa nak tengok anak selesema lagi ke tak..

Tapi kami ada kakak yang sangat prihatin lagi penyayang. Kakak yang bagitau, Alyah dah tak selesema. Dah kering dah segala hingus dia hari ni. Means semalam. Hari Rabu.

Tiba tiba asben tanya,
"yeke? buat macam mana?" 

Selamba ajelah mommy jawab.
"tiap tiap malam ai makan Vitamin C 3 biji sebelum tidur. Selalu makan pagi pagi je. Dengan harapan, imun booster tu masuk melalui breastfeeding ke badan Alyah."

"Yeke? Power la Vitamin C. Nanti abang makan Vitamin C jugak la kalau selesema."


Eh.. Bukan dah penat ke isteri kesayangan abang ni suruh makan??? Papejelah bang.. Study.. Esok QA panggil untuk Oral Exam.

All The best!!

No comments: