Tuesday, November 08, 2011

Bagaimana Nak Kekalkan Diamond Diamond Tipu Pada Kerongsang?


Haa... 
Ini segala kerongsang yang I baru beli kat Pasar Pagi Shah Alam Ahad beberapa minggu lalu.. Cuma tak sempat nak mengerjakan mereka.. 

Bab bab kerongsang ni, I takde kerja nak beli yang mahal mahal sangat. Nanti sayang nak pakai. Hahaha... Tapi I sangat suka beli kerongsang.. Bukannya pakai sangat pun. Tapi suka.. 

Dulu memang sakit hati, beli, pakai kejap, diamond tipu dia jatuh.. Bila dah jatuh, cacat la kerongsang I. Nak pakai kat tudung, rasa kurang keyakinan diri lah pulak kan.. Kena beli yang baru lagi.. 

Sekarang ni, dah ada penyelesaian.. Koleksi kerongsang I bertambah tambah, dan semua serviceable. Dah penuh satu kotak besar kerongsang I tu.. Tapi tetap jugak beli bila ada design baru.. Haihh... Perempuan.. Setiap kali pun, En. Hubby pasrah je keluarkan duit untuk membayar. Nasib ler.. I memang suka shopping.. 

Penyelesaiannya senang je.. Kita cuma memerlukan PEWARNA KUKU YANG TAK BEWARNA. yang macam ni...


Senang didapati dan murah serta dapat menyelamatkan kerongsang kerongsang yang kita sayang..

Cara dia, cuma sapukan keatas diamond kerongsang serta tepi tepi diamond sampai rasa puas hati.. Biarkan dia kering, kemudian pakai.. Takpun simpan untuk kegunaan di masa hadapan.. Sambil sambil tengok TV pun boleh buat..

Mudah je kan.. 

I punya dah siap!


3 comments:

NisaAdnan said...

cantik kerongsang ^^

btw, anda ditag :))
http://hanisaya.blogspot.com/2011/11/tag-buat-kita-rasa-dihargai-betul-tak.html

Miss Anisah said...

ala..beli yang murah murah je kat pasar pagi shah alam...

sarah naiema said...

Hai t'jupe blog awk pasal kerongsang. :) nice. jmput dtg blog sara shoppink kerongsang korea. :0 anyway sara follow.