Monday, March 05, 2012

Akhirnya, Masalah Kad Kahwin Selesai..

Khamis lepas, setelah selesai buat HIV test di Klinik Kesihatan Shah Alam, I terus ke Festival Kerja Kahwin di Alam Sentral.. Dengan Harapan, I nak selesaikan terus apa yang takde lagi..

Berjaya jugak la.. Misi utama kad kahwin.. I tak fikir nak cari kad kahwin yang mahal pun.. Nak murah dan simple.. Walaupun kawan kawan suruh ke Indon untuk tempah kad kahwin, I takdenya nak ke sana.. I taknak pun berlebih untuk perkara macam ni.. I nak makanan nanti tiptop..

Bila dah pusing pusing kat Festival Kerja Kahwin tu, dapat la hasilnya.. I pilih je Kad Lestari.. Senang kerja.. Dekat dengan rumah En. Hubby dan murah.. Tak payah la nak membazir sampai ke Jakarta ke Bandung nun nak buat kad kahwin..

Pakej yang I dapat dari Kad Lestari pun not bad.. Murah jer.. Menepati ciri ciri yang I cari.. Dah siap buat booking kat Alam Sentral, I terus ke Seksyen 2 tempah terus..


Kalau nak diikutkan, banyak lagi pilihan yang ada.. Tapi tak payah nak rambang mata, pilih satu dan settle terus.. 



En. Hubby dah siap mengisi semua form kat kedai tu, so sekarang cuma perlu tunggu first draft dari Kad Lestari sebelum diorg proceed untuk printing..

Huhh.. Lega.. Takde la mendengar mak bising lagi, kad belum tempah.. hohohoho

1 comment:

ader45 said...

the simple kad kahwin the better lo.. :-)

My latest article on Kad Kahwin Murah can be found here..