Sunday, July 18, 2010

"Indian Beef" tu daging kerbau??

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani meminta orang ramai tidak terkeliru dengan daging yang diimport dari India sebagai daging lembu kerana ia sebenarnya adalah daging kerbau.
Menterinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, daging itu yang dilabelkan sebagai "Indian beef" atau lebih dikenali di Malaysia sebagai "daging kotak" lebih murah berbanding daging lembu tempatan menyebabkan ia menjadi pilihan ramai pengguna.


Katanya, daging itu dibenarkan untuk diimport tetapi istilah "Indian beef" menyebabkan ramai orang memikirkannya sebagai daging lembu, sedangkan di India ada undang-undang yang mengharamkan penyembelihan lembu. "Kita tidak mahu orang ramai terkeliru. Harganya yang murah menyebabkan ia agak popular dan dibeli terutama untuk kenduri-kenduri..."daging kotak" sebenarnya daging kerbau," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan kementerian itu di ibu pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di sini hari ini.

No comments: