Tuesday, July 31, 2012

8 Weeks?

8 minggu? Maknanya 2 bulan. 2 bulan tu lebih kurang 60 hari. 60 hari berapa jam eh? Dah malas nak kira.. Tak baik tau malas malas bulan puasa. Masa bulan puasa ni kena la lebih rajin. Tapi...

Takde tapi tapi!

Erm.. So apa yang significant dengan 8 minggu ni? Menghitung hari untuk apa? Puasa pun just another 19 days.. InsyaAllah boleh habiskan.. Walaupun setiap hari puasa dihabiskan dengan pelbagai ujian ujian yg tak pernah dirasai sebelum ni..

Eh.. Apa ni melalut.. Apa yang nak cerita sebenarnya. Tak tahu ni 8 minggu yang menarik ke tak. Ada ke orang nak ambik kisah? Ada ke orang nak tahu. Entah entah ada orang yang akan fikir bukan bukan daa~

Sebenarnya hari ni genap 8 minggu pregnant. Dan yang paling terseksa bila segala alahan dah start since 7 weeks of pregnancy. Pening.. Muntah.. Loya.. Complete package lah datang sekali. Kalau ikutkan my friend, dia memang tak kasi berpuasa. Risaukan keadaan baby. Dan mummy jugak la. Tapi I nak jugak puasa. Alhamdulillah.. Masih tak tinggal lagi buat masa ni. Harap harap sihat dan mampu bertahan hingga akhir Ramadhan.

Yang sedihnya, dah la terasa nak makan macam macam benda. Tapi sekali lalu jela. Within 2 hours akan muntah semua sekali jugak. So berbuka cuma layan buah buahan dan air, bila malam baru mencari biskut cicah teh o... Sedih...

Okay lah.. Tak larat dah. Sekarang pun menyelinap kat office En. Hubby tengah rasa pening dan loya.. Dia pergi meeting, wife dia curik tulang.. Serius tak mampu nak kerja dalam kapal.. Lupakan aircraft buat seketika..

2 comments:

Unknown said...

jaga diri baik2..
akak dulu nak masuk bulan ke 5 baru muntah2 tu hilang..
tapi lepas tu datang penyakit lain pulak..macam2 penyakit la..
tak putus2..
yang penting banyak2 sabar dan bertahan sekuat yang boleh..heheh

t e m b u m e said...

dah pregnant!
OMG!
congratssssss!
pantasss! hehe