Thursday, August 18, 2011

Laksa, Mee Rebus, Sup Tulang Best di Langkawi..

Bila pergi jalan jalan kat tempat orang, selalunya tempat makan la selalu menjadi isu.. Tak tahu nak makan kat mana yang sedap.. Nak cuba takut kecewa... Penat la jugak bertanya pakcik Google dan orang lain yang dah biasa kat sana...


Hari tu kat Langkawi... Pergi makan kat tempat orang cadangkan ajelah... Tak nak la cuba terus taknak datang dah kan... So, Restoran Hj. Ramli menjadi tempat pertama untuk mengisi perut.. Bukan apa, I taknak kalau bawak ramai ramai makan kat situ tapi makanan tak sedap..

Alhamdulillah... Sepanjang 3 hari di sana, tak pernah salah membuat pilihan untuk memilih tempat makan...

Tapi yang paling tak lupa bila mencuba di stall seorang pakcik di depan Alun Alun Spa... Mula mula tertarik sebab melihat ramai orang sedang menjamu selera di situ.. Rupanya, bila dah mencuba menu dengan harga yang berpatutan di situ, memang tak salah pilih tempat...


Tengok la menu dan harga... Murah kan....


Dan....

Yang penting,
Sedaaaaaaaappp!!!!


Mula mula cuma mencuba bihun sup tulang dengan mee rebus je.. Tiba tiba ada orang tu yang tak reti kenyang order laksa pulak.. Tapi dia tak cakap tak cukup kenyang.. Cuma nak cuba je... Apa apa ajelah.... Yang penting dapat rasa semua menu yang pakcik tersebut jual...

Dan.....


Sekarang, kalau I pergi Langkawi lagi, I mesti jejak kaki ke stall pakcik tu lagi...

Apa kata korang pun pergi la cuba...

Confirm tak menyesal.....l

7 comments:

:: Cucu Niena :: said...

lapaq..bila dengar cite pasal food.. :) dh follow u

Miss Anisah said...

tq... sabar sabar.. nanti tunggu berbuka okeh..

AcanCapik said...

hish, ni yg rasa nak gi langkawi ni. huhu...

Miss Anisah said...

Hihihi...
Saba sket... Tunggu lepas raya..
Skrg pakcik tu x bukak tgh ari..
Hihihi

Ahmad Zaki said...

Assalamualaikum...

Dalam dua bulan lepas saya ada pergi Langkawi kerana mendapat jemputan dari kawan untuk tolong dia kendalikan pakej perlancongan. Dan dah tentu saya pergi dengan tiada wang dikeluarkan kerana segalanya ditaja oleh kawan itu... Best pergi Langkawi sebab dah lama tak ke sana sejak akhir tahun 2000. Masa tu saya ada study di Kolej Lagenda Langkawi.

Paling best bila saya kami pergi ke Cabel Car. Masuk waktu petang dalam pukul 5 petang sebab waktu ni harga tiket lebih murah. Dan suasana jambatan gantung di atas bukit itu amat mempersonakan. Ianya berkabus tebal dan seolah-olah di syurga (terdengar kebanyakan pelancong berkata begitu). Ada di kalangan anak2 pelancong yang dalam jagaan saya gayat untuk melintasi jambatan tersebut... :-)

Miss Anisah said...

Ahmad Zaki : sewaktu saya ke cable car pun, kabus tebas.. Jarak penglihatan sangat terhad.. Apapun kat atas sana tu memang sangst cantik permandangan dia...

Nak pergi lagi ke langkawi...

Anonymous said...

Alun-alun spa mana satu, Pekan Kuah, Pantai Tengah atau pantai cenang???