Friday, May 18, 2012

Bachelor Party ke?

Seminggu lagi nak bergelar isteri orang.. Isteri orang la kan.. Kalau bukan orang takdenya nak nikah.. Opss! hehehe... Kawan kawan sibuk nak ber'bachelor party' pulak.. Bachelor Party la sangat.. Padahal, tak kira masa dan ketika, makan makan dan explore je mana mana tempat makan best selalu.. Geng makan la katakan..

Bachelor Party dah berlaku kat Jeram.. Bertiga je.. Tu pun kena marah kat ramai orang sebab kami pergi senyap senyap.. Sorry yer kawan kawan, Kita buat party 'Join To Da Club' pulak nanti.. Bila bertiga, tak bernama Bachelor Party sangat la.. Lebih kepada sesi menambahkan lemak lemak badan je..

Sesi menambahkan lemak ni dah berlaku di Aroma Ikan Bakar, Jeram Kuala Selangor.. Waktu sampai kat situ pukul 4.30 petang. Oleh kerana Ahad lalu adalah Mother's Day, punya la ramai makhluk Tuhan berpusu pusu datang makan.. Nasib baik kami sampai agak awal. Tak ada masalah dengan limpahan manusia ke tepi laut untuk menyaksikan matahari terbenam sambil menikmati juadah enak... Waaahhhhh... Gitu....


Segala makanan laut di situ takde lah sangat sangat segar.. Tapi boleh la.. Cara masakan dia pulak sedap.. (tapi masih terkenang lagi keenakkan sewaktu di Kota Kinabalu).. Oleh kerana nasib kami ni lebih baik daripada biasa, sewaktu memilih lauk pun tak perlu beratur panjang macam mereka mereka yang datang sewaktu pukul 7  petang.. Lupa pulak, waktu kami sampai tu, Aroma Ikan Bakar tu baru bukak.. Pukul 4.30 petang.. Awal sangat tu kami nak dinner.. Datang melepak je awal.. =) Tunggu En. Asraf lambat gak sampai...


Kami ada jugak order 'recommended menu' orang kata kat situ.. Sup Isi Ketam.. Pada pendapat I, sup isi ketam tu sedap.. Tapi nak di makan tanpa menu lain boleh meloyakan tekak I jugak la.. Sup yang pekat dengan tepung jagung dan telur.. Kurang gemar la.. Tapi menu lain, except ketam I sangat gelojoh nak makan..








Cuma gambar kat bawah tu aja mengada nak posing makan ketam. Hakikatnya, Anisah tak boleh nak terima sangat rasa ketam.. Kalau makan part isi badan je, boleh la.. Kalau nak cari isi dari kaki kaki ketam tu, tak makan la.. Rasa dia pelik... Jadi, biarkan kawan kawan I je yang makan..



Sebelum balik, sempat lagi nak bergambar gambar kenangan bertiga.. Tanpa pedulikan kereta lalu lalang, kami selamba je beraksi.. Pasrah ajelah tuan kereta belakang kami ni nak balik sebab metunggu kami siap bergambar.. Habis dah aktiviti kami bertiga sewaktu En. Hubby pulang ke kampung untuk menguruskan majlis kami minggu lepas.. Lalalalalala


Akhirnya, yang ni terpaksa di tapau... Kenyang sangat daaa....


Ini pulak, bila Acap terserempak dengan En. Instructor dia.. Kami, buat buat tak kenal.. Heee.. Actually, ramai gila orang MAS yang kami jumpa.. Staff En. Hubby pun ada jugak.. I buat buat tak kenal je.. Kuang ajar bini boss ni..


Sekian,
Selamat malam..


No comments: