Monday, May 07, 2012

Kisah Nak Kawin

Tak lama dah lagi 27 Mei. Pejam celik pejam celik je tarikh tu jap lagi.. Semua barang dah siap ke eh? Insyaallah siap la agaknye.. Apa apa yang outstanding lagi tu cuma payment kot.. OP belum bayar satu sen pun lagi.. MUA, dah bayar dah sikit.. Nanti la jumpa OP.. Hari hari jumpa kan..

Sekarang ni, bila jumpa orang je, mesti dapat soalan.. "Dah ready?"... "Apa perasaan?" bla bla bla... Erm.. Susah jugak yer nak kawin.. Chop! susah nak menjawab pertanyaan orang..

Sebenarnya, persiapan 90% siap la.. Perasaan pulak, tak sabar.. Cepat lah selesai majlis.. Malas nak fikir dah.. Pening tau uruskan majlis besar besar ni.. Perasaan diri sendiri pulak, erm.. Entah.. Tak rasa apa apa pun lagi.. Insyaallah ini adalah satu pilihan yang tepat untuk masa depan.. Apa yang berlaku nanti, adat dan asam garam rumah tangga la.. Takkan takde langsung berselisih faham.. Kan?

Cuma part yang bosan sikit bila orang tanya, "Anisah, kawin nanti berhenti kerja ke?"... "Anisah, nanti confirm duduk office ke?"..

Laaa... Kenapa nak kena ada soalan macam tu? bukannya Anisah kawin dengan jutawan pun untuk goyang kaki lepas kawin.. Anisah masih dan akan terus bekerja.. Isteri jutawan pun masih lagi bekerja.. Anisah ni siapa la sangat.. Jadi, orang yang berkenaan tak perlu la soal dan bercakap belakang yer..

Berhenti kerja bukan satu keputusan bijak.. Tak tahu ke berhenti kerja tu akan buat anda rasa sangat bosan.. Tak berjumpa kawan kawan dan ayat mudah, 'takde life!'.... Anisah tak boleh hidup macam tu.. Anisah ada life sendiri okay..

Lagi, orang tanya.. "Anisah, betul ke dah nak kawin? tak menyesal ke? Masih ada masa untuk berubah fikiran.. Betul ke dia yang awak pilih?"

Ini kali kedua Anisah mendengar soalan yang sama dari orang yang sama.. Motif dia ajukan soalan macam ni pun Anisah tak tahu.. Mr. X, sudah la.. Apa yang saya buat ni Insyaallah keputusan yang tepat. Tak perlu meragui lagi keputusan saya.. Saya tahu apa yang saya lakukan.. Muktamad..

Malas dah nak fikir cakap cakap orang.. Biarkanlah orang bercakap cakap..



2 comments:

Si Matatajam said...

Harap bahagia dunia akhirat bersama yang tersayang.

Tulip Merah said...

kak nisah, tahniah tau......